Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Thursday, February 12, 2015

SEMESTER BREAK AND JAPAN

Asslamualaikum dunia..

Helo readers and the gang! :D kalau sihat Alhamdulillah, kalau sakit, makan ubat dengan Bismillah dengan niat cepat sembuh k :] 

Okeyh, cuti semester lepas, dapat lesen kete. Now dah boleh drive satu malaysia alor setar. And kat dalam kampus beberapa meter -_- kfine korang gelak ye. Kira maju lah tu. Muehehe. This sem target nak amik lesen motor pulak.. Tiba-tiba “Jepun, aku datanggg”.  Tersangkut plak trip gi Japan. Haha. Rezeki :) so beberapa hari yang lalu, alhamdulillah selamat balik ke tanah air.

great dinner. love it. sushi. raw. perghkkk

Hazwani in Kimono. hikhik

Thanks for all the very nice food

Otosan's 74th anniversary

thanks otosan and okasan

street. waiting for kebab. hehe

pagi

tokyo disneyland


ogaki castle


Our 2 days home


Nak cerita lah sikit Negara Jepun nih. Seriously best. Culture, food, people and all is so different. And of course mata wang jauh beza. Cakap pasal orang kat sana, friendly, humble, respect macam2 lah. Ni bukan cerita kat Osaka je. Kat Tokyo pun. Even Bandar metropolitan, orang-orangnya tak sombong. Sampah jangan cakap lah, memang xjumpa atas jalan. Kalau bercakap, dorang sangatt polite dan suka senyum. Suka tolong plak tu. Memang best lah. Memang susah sikit disebabkan language. Macam kat Disneyland, time tu nak tanya jalan then dia tak faham la pulak. Berdesup dia gi amik buku. Ingatkan ape, buku ayat nak tanya something in English dengan translate Japan. Terkaku kat situ jap. Sounds funny  tapi dia sangat nak membantu.

Nak cerita pasal tangkap gambar. Selalunya tengah2 org ramai orang lalu lalang tu jugak nak amik gambar bagai. Tapi orang-orang kat sana takkan cross. Dorang akan stop sampai kitorang tangkap gambar. Ni bukan sekali tapi setiap kali macamtu. Kebanyakkannya akan pergi lalu kat belakang. Cashier kat sana sangat friendly. And perasan satu benda, dorang tak bagi duit kat tangan kalau bayar. Dorang ade tempat letak duit atas meja cashier tu. So dia akan kira atas tu, cukup, amik. Bagus sangat. So taklah tersentuh tangan dia kan. Hehe. First time bayar memang tak tau lah, hentam bagi atas tapak tangan.

Budak-budak sekolah kat sana senyummmm je. Senyum tunduk senyum tunduk. Tu budaya dorang. Hormat-menghormati sambil ucap “konnichiwa! (selamat tengahari/petang!)”  belajar banyak bendalah pasal sekolah dan kolej. Pagi2 ada sesi membaca buku sebelum start belajar. Yang ni time smk convent dulu ada buat tapi cuma sehari seminggu. Pastu dorg sebelum balik bersihkan kelas/sekolah. Semuanya dalam jadual. Means dorang sangat menitik beratkan kebersihan. Patutla tak jumpa pun cleaner kat sekolah dorang.

Nak cakap pasal masa quiet embarrassing lah kalau nak dibandingkan. Tak cakap semua, tapi mana datang ayat ‘janji melayu’ tuh. Masa tiptop. Memang betul apa yang didengar. Masa duduk kat homestay program tulah banyak belajar. Dia cakap pkul7 breakfast, pukul7 sharp lah ada kat meja atau pukul 7 dah start makan. Dia cakap 8.45pagi nak kuar, pukul8.40 sy and partner(Nerina) dah terpacak depan pintu. Jangan main2 pasal masa, tak pasal2 kena tinggal kang. Haha. Kalau dah biasa praktikkan benda ni, kat sana xde masalah :)

“Arigato gozaimasu (thank you)”. Dorang dah biasa sangat dengan ayat nih. Sikit2 ayat ni lah. Dengan tunduk2 sekali.  Kitorg balas dalam bahasa Jepun pun dorang cam bangga and seronok then ckp  TQ. Satu lagi “gomenassai(sorry)”. Huhu. Memang tak berat mulut untuk cakap TQ and Sorry.
Well. Setiap semester mesti ada cabarannya. Memang kena tabah tahap kedewasaan. Hurm sebenarnya nak cerita kronologi hari-hari kat Jepun. K takpelah pasal tu.


p.s. Hope for better for next semester. Tata.. Assalamualaikum. :)

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Wednesday, September 03, 2014

24/8/14 : LESEN P

Assalamualaikum. Anyeong! ;)


Readers, I got the P. Yeay2. Hehe. Okay ni baru nak story lepas dah drive ke mana hala. haha. Well ada P, mesti ada L nya kan. So we start from L. L dah ambil sejak bulan mac lagi. cuti panjang semester 3. TApi bila dah nak habis cuti baru ambil, apekan daya memang tak sempat buat sampai P. So terpaksa la tangguhkan for the next cuti. 

Lepas dah selesai mengharungi ceramah, ujian komputer [50/50 wohoihhh],  teori dan praktikal, tiba masanya nak belajar drive. First time oo pegang stereng. Dapatla cikgu yang best. Cikgu Alias. Memang bagus2 cikgu kat situ. Senang betul faham. First day dah boleh bawak kat jalan raya. Mula2 tu kekok la jugak bila berhadapan dengan banyak kenderaan. But then, day by day I can improve myself. 5,6,7 and 12hb lapan. 

Sampailah ke ujian QTI(ujian pra JPJ) 13hb. That time nervous jugak. Lepas dah pass, terus booking untuk JPJ. Yeah, masa yang dinanti-nantikan. 2 minggu menunggu. Lama tu. Dalam hati, boleh ke ingat. Then cool je pegi test. muahaha. Jumpa kawan sekolah dulu. and kawan interview cikgu dulu.

Ramaiiii sesangat. Ratus memang sampai. Tak termasuk yang test motor. Ni yang ulangan, lori lagi pun dah giler crowded. No 19. Nampak awal tapi boleh tahan tunggunya. Time nak test bukit tu yang a bit scary n a lot nervous tuh. Sebabnyaaa yang seramai manusia tengah tengok. Hurm. Just fokus jela. Parking kurang dah nervous. I just do the very best. Lepas tengok je kertas. Fuh seriyes lega sebab lulus satu bahagian. Normal kejap.

Tunggu punya tunggu, dah dekat tengah hari. Omy takut rehat then kena tunggu petang. TIBA-TIBA. 19! Fuh. Bawa VIVA. First time. Okay rileks. Lepas habis, keluar kereta, baru tengok result. O_O LULUS. Then belila pelekat P. Muahaha. Senyum je balik. Bersyukur gila masa tu. Alhamdulillah :D

Lepas buat lesen, bawa Alza. Beza la kan sebab auto. Haha. Tapi best. Sampai masa nak cilok bawa myvi adik. kihkih. Tak sabar nak bawa manual balik. hehe. Dah nak balik Shah Alam minggu ni.


See ya again. InsyaAllah.





Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Saturday, August 30, 2014

The Fabulous Day

Assalamulaikum guys, gilrs. My readers :)


Orait semua. Tak lama lagi dah nak kembali berjuang di Shah Alam. Sedar tak sedar, bakal melangkah ke tahun ketiga, semester 5! huh. Umm daftar di kolej yg sama. Kalaulah di bilik yg sama lagi, it's awesome. Baru magic. Hihi. Barang well, dah kemas awal-awal. Haha. So takdela rushing nanti. Definitely barang memang dah habis sikit lah tu. Dah taknak lagi bawa barang tah pape tapi tak guna pun -.-

So dalam kepala ni sentiasa ingat yg PENTING saje utk bawa. N tadaa dah siap. So what more? Enjoylah saki baki cuti :)

And terselit jugak gambar kenangan bersama famili di Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam. :) Gambar ni since sebelum balik cuti lagi. Lebih kurang sebulan lebih dah. Best okay!


Abah

With Erol

With Erol again

Candid ker?

The Lungs

Great art here

Pretty...

Abah in the mosque

Together. Nice :)

Abah :)

Apit little brother


The Great Abah


Yeah. That's all. See again InsyaAllah. :)


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Friday, August 29, 2014

FAEDAH MINUM SUSU/BENEFITS OF MILK, MILK & DISEASE

Assalamualaikum!


FAEDAH MINUM SUSU

  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)

BENEFITS OF MILK


According to the National Dairy Council, milk is filled with nine essential nutrients that benefit our health:

Calcium: Builds healthy bones and teeth; maintains bone mass
Protein: Serves as a source of energy; builds/repairs muscle tissue
Potassium: Helps maintain a healthy blood pressure
Phosphorus: Helps strengthen bones and generate energy
Vitamin D: Helps maintain bones
Vitamin B12: Maintains healthy red blood cells and nerve tissue
Vitamin A: Maintains the immune system; helps maintain normal vision and skin
Riboflavin (B2): Converts food into energy
Niacin: Metabolizes sugars and fatty acids

In other words, milk packs quite a punch when it comes to nutrition—and you don't have to drink a gallon to reap the benefits, the National Dairy Council says. In fact, the council says that just one 8-ounce glass of milk provides the same amount of vitamin D you'd get from 3.5 ounces of cooked salmon, as much calcium as 2 1/4 cups of broccoli, as much potassium as a small banana, as much vitamin A as two baby carrots and as much phosphorus as a cup of kidney beans!

Milk and Disease



Ready for a shocking statistic? According to research led by professor Peter Elwood of Cardiff University, drinking milk can lessen the chances of dying from illnesses such as coronary heart disease and stroke by up to 15 to 20 percent.

This research—a systematic review of evidence from 324 published studies—is actually the first time that disease risk associated with drinking milk has been looked at in relation to deaths from those diseases.

However, there are conflicting studies that claim milk actually contributes to disease, specifically heart disease. What about them? "The fact that milk-drinking raises cholesterol is, for many people, proof that milk is a cause of heart disease," Elwood says. "But cholesterol is only one mechanism in heart disease. Blood pressure is another relevant mechanism, and milk-drinking is associated with a lower blood pressure. It is therefore totally unreasonable to base conclusions about milk and heart disease on the effect on cholesterol alone."

Heart disease isn't the only thing that can be affected by milk. Elwood says that analysis of large, long-term studies shows that milk and dairy consumption are associated with a small reduction in death from heart disease events, strokes, new cases of type 2 diabetes, colon cancer and possibly bladder cancer.

"As heart disease, stroke, diabetes and cancer are major sources of healthcare expenditure, any measure that is associated with a reduction in these diseases—however small that reduction is—is also bound to have an impact on healthcare costs," Elwood says.


How Much Milk?


To get the full benefits of milk, including the nine essential nutrients, the USDA says adults should consume three servings of milk (or cheese or yogurt) each day. A serving size is 1 cup of milk or yogurt, 1.5 ounces of natural cheese or 2 ounces of processed cheese. So, go ahead—drink your milk. It's good for you.


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Friday, June 13, 2014

June and Final Exam

Assalamualaikum!

Salam Nifsu Syaaban :)



June? Wow. Paper final start 26 Jun. oyeh oyeh. eh eh birthday siapa entah tarikh ni :P  Birthday little bro yang dah gemok. Bhahaha. Well, happy advance birthday. haha. Suka hati la nak wish awal kat blog, lepas ni tak buka dah. XD

Okay back to exam. errr. Don't ask : Are you ready? because of course I'm ready, hehe. Okay look, actually I want to give my opinion on what always happened to me before examination. K3, well english2 la sikit, haha sebenarnya...i'm done with BEL presentation this morning!!!! Em, back to our topic, agak tak suka atau kurang suka atau sewaktu dengannya apabila seseorang menanyakan sebegini : "Wani dah habis study?" I will 'keras' for a second and answer either "entah" or "dah". For me, selagi subjek exam tu tak sampai, jangan harap la nak habis study atau dengan erti kata lain baca selagi boleh. kalau jawab "dah habis study dah" dah macam pro sangat dan tak payah nak study lagi. Kadang ade je yang jawab macam tu lepas tu nampak dia memegang buku subjek itu. Whatttt... whatever.

Memang ade ke istilah dah habis setadi ni? Genius mungkin. Dan untuk orang yang memang takkan ulang study lagi lepas khatam subjek tu. Mengapa? First dia genius, second dia malas.

Kalau kau dah ulang balik tu means tak habis lagi la. Tak payah sibuk tanya orang lain kot. Kalau dia habis pun, dia boleh bagi pinjam ke ape yang dia baca? Ajar boleh la.

Okay konsep mengajar dalam 'study week'. Seetika yang boleh la untuk minta orang tolong ajarkan. Sebab mungkin boleh menganggu proses study beliau. Jangan fikirkan diri sendiri sahaja. Cuba juga memahami rakan kita :) I'm really really appreciate to whom teach me during the last one week before exam or near exam. :') Boleh la nak belanja makan, insyaAllah. :D

I also seek for a study group this semester. Chaaaaiiiiyok! Be the best you can do. :)



Alright everybody. Goodnight. Sambung study ;)
Happy final Exam and Selamat Berpuasa :)))

P.S: Doakan yang terbaik. Jumpa lagi :)
Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Friday, April 25, 2014

Meet Again

Assalamualaikum!

Eh lama tak jumpa! :D
Eyahh, makin lama kat university ni, makin banyak yang perlu dihadap. Buku, nota, test, kuiz, assignment, report yang hampir sepuluh itu (errrr..kesian la kat saya), tutorial, and whatsoever yang menerpa hidup. Apepun, ni semua ujian daripada Allah kepada hambanya. Allah mengetahui kemampuan kita.  So, move on dengan tenang. Buat yang terbaik. First kena niat kerana Allah. Kalau terpaksa, kemungkinan tak berkat. Kan? :)


I won't care to people who hate me (if got). As long as I do the right. Not all people know what we're doing. But Allah knows everything :) 

Even I tried to be so cool (rileks and act kononnya takde kerja), sometimes angin ribut stress melanda. Huh. Time ni lah kena cari ubat penenang. Eh2 bukan makan ubat pelik2. Tapi, ucapkan innalillah.  And what I will do is looking for a person to burst. Kat sini bukan bermaksud cari org untuk lepas geram or marah or stress…tapi jadikan tempat luahkan supaya ringan beban. And then kena positif dalam semua perkara. Kita pasti boleh! Atau mungkin takde orang, semua tido atau sama-sama stress, cari hiburan. Bukan pergi clubbing  -_- TAPI, buat benda yang kita suka. Seperti menonton running man. Haaa mungkin boleh kembalikan senyum tawa. Hihi. Ada orang menghilangkan tekanan dengan bersukan! Ya, memang merilekskan pun.

Alright, malam ni ada dinner with some alumni komander kompeni. Yahoo~~~ nak makan banyak2! Berat sekarang 36kg. @_@ hey, I eat okay.
All the best untuk team KKEC(Komander Kesatria Endurance Challenge) 2014 UiTM Shah Alam. Goodluck in kedah.
See ya. SMILE.


# Malam Anugerah Saintis Muda. I wish I could be there. Pray for me :’)

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Saturday, November 02, 2013

Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD) 2013


Assalammulaikum! :)

27 Oktober 2013
PADANG KAWAD

Walaupun tak dapat nak attend pagi tu, okay la dapat attend petang which is dah penutup. 

WIth CC1 Khairul Anuar ;)

With famili e'coy

Tahniah kepada yang masuk bertanding tak kira kira menang atau kalah. Yang menang, tahniah atas usaha anda! Tahniah untuk komander yang naik pangkat CC1 dan Madya.

That's all.
Hoping so hard to strive better results.
Pray for me :')

See ya. Byezz.
Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Thursday, September 05, 2013

"Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"

Assalamualaikum.



Bayi baru lahir yang baunya harum dan suci itu digambarkan sebagai bau syurga. Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya : “Bau bayi itu (berasal) dari bau syurga”. (Al- Jami’u Ash-Shagril. Hal : 164)
 
Ini bukan bererti bau syurga itu seperti bau bayi yang baru dilahirkan, melainkan sebagai bentuk kiasan bahawa bayi yang baru lahir itu suci, tidak berdosa, jika ia mati pasti akan masuk syurga. Oleh sebab itu, keberadaan bayi baunya digambarkan sebagai bau syurga.





Setiap kali kita cium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan.


Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim:
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga" 


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Tuesday, September 03, 2013

KENDURI

Assalamualaikum!

Hehe. Hye awk.  Eh2 hye semua. ;)

Alhamdulillah. Semua urusan dah dipermudahkan, lancar walaupun ade sedikit krisis air. Oh ye. Pada tanggal 31 ogos, ade la buat kenduri sikit. Buat tahlil arwah mak dan kenduri kesyukuran. :)


So jemputlah saudara mara, sepupu sepapat, kaum kerabat, jiran tetangga, rakan taulan, sahabat handai, jauh dan dekat.  Tapi just kecil-kecilan. Tapi yang datang lebih kurang 300 orang. Biasa la keluarga besar. Semua pun cuti hari ni. so meriah and best. =]

sebelum tetamu datang


Penat tu biasa. Sebab kenduri kan. Walaupun tak perlu masak , hidang bagai. Ekeke. Dah kebetulan air tangki  lak takde.  Terpaksa la angkut air dari sinki ke bilik air. Basah le baju.  Pastu jadi tukang mop lantai jap. Haha. Ais batu kat dapur tu asyik keluar air. Orang plak lalu lalang. Itu la nk jadi keje.

untuk geng marhaban yang membaca tahlil

Last jumpa saudara mara time raya. Tapi sembang macam dah lama tak jumpa. Biasa la jauh..ecece jauh pun penang je. Tapi in fact memang jarang balik. Soalan biasa, “cuti berapa lama?”, “bila balik?”, “naik apa?”. Rasa semua pun tanya benda tu.  As usual tanya dua patah, jawab pun dua patah. Ekeke. Nak mengelak dari soalan-soalan yang lebih mencabar, camtu lah caranya k. hehe.


Tak sangka kenduri pun terkena surprise. Datang dahla tak bagi tau..komplot plak tu. Kahkah. But fine, it’s fun. Kejap pun okay.
bersama tok dalang surprise, my sis
Lam, setia teman kakak sampai petang. *tutup mata lak

Dah 3 september. Kejap rasa nak sangat balik, kejap rasa macam taknak balik. Muahaha. Dah kena packing semua barang. Get the mood!


P.S : Everything clear, fine and no problems. ##HOPE.

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Friday, August 30, 2013

Food Tech Part/Sem 3

Assalamulaikum...



9 september kuliah bakal berlangsung. Fuh. Perasaan bercampur baur. Semua yang belaku mempunyai hikmah. Akal dan hati berfungsi untuk berfikir dan memilih. Hikmahnya, kita tidak boleh menyalahkan Allah SWT dengan pilihan kita itu sekiranya akibatnya buruk. Apabila kita memilih sesuatu atau sebaliknya, semua itu sudah pun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua.

I am never regrets of what I decided to be. Work harder girl.

Jom lihat apa yang bakal dipelajari:


  •  READING & CRITICAL THINKING. 
  • ETHNIC RELATIONS
  • KESATRIA NEGARA III
  • ORGANIC CHEMISTRY
  • ANALYTICAL CHEMISTRY
  • FOOD MICROBIOLOGY  [elective]
  • FOOD & HUMAN NUTRITION [elective]
  • PRINCIPLE OF MANAGEMENT [elective/minor FSQ]
Wahh... lapan.
Ada 2 chemistry. 2 subjek food. Minor lagi. BEL, CTU. Lengkap hidup.

Ya Allah..harap sangat dah tak jadi seorang yang pelik, aneh dari org lain dan selalu memikirkan hal orang lain lebih dari hal yang sepatutnya. Mind your on bussiness. And I'll do the same.

P.S : Wish me the BEST.
 "face the reality"

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Holidays

Assalamualaikum!
Hye readers.

Fuh kekok jari.  Yes dah sampai masa untuk update balik. Heheh.
Cuti sem pun dah nak habis. Dah boleh kira dengan jari. So nak cerita sikit ‘pengalaman bercuti semester’. Hahah.

Okay start dari balik kampung before raya. Takde ape yang menarik sebab raya pun belum. Still puasa. Tapi the best adalah supper char keutiau penang!


"char koay teow telur dibasuh"

licin tau!


Then birthday. Whole day dari awal pagi sampai malam sangat happy!! Sangat appreciate semua kawan-kawan yang wish. Then kakak bawa pergi sahur some place yang best. Pastu pergi jalan-jalan kat Jitra.  Kakak hadiahkan dompet. Then berbuka pun di Jitra. Kakak beli kek. Memang happy lah!

berbuka puasa =]

sedapppp. yumm!

Oh tak cerita lagi pasal raya. Okay bawah ni kuih raya. Haha.
eh senget lak

Then ni first day raya.


Tu je pasal raya. Haha.

Haa ni tangkap semasa pergi jogging. Best tau. Sebab ape best? Haha.



Benda wajib bila balik bercuti. EAT PIZZA HUT. Hoho… terlaksana.


Baby sakinah. Eeiii geram betul dengan baby ni. Dah la comel gila, pandai plak tu! Hari-hari main dengan dia ni la. Apa org buat mesti dia nak ikut sama. Mesti rindu dia nanti… ='(
baby, u're so cute T_T

Semoga dipermudahkan urusan esok. InsyaAllah. :)

For now, that’s all. Smile.


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)