Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Friday, November 02, 2012

Makanan apa yang sihatkan mata?

Assalamualaikum readers!

Akhirnya keje dah pun siap [harap2 tak salah] except assignment kokurikulum. And harini dapat la study Biology. =] Seharian tau! Heharap ape yang dibaca & hafal tadi terbuku dalam otak. InsyaAllah.. Sekarang ni tengah fikir pasal assignment kokurikulum ni.. Err~ susah ni. Bukan sebarang assignment. Ini luar biasa! haha. Kena kutip sumbangan untuk GAZA. Ok, I'll do it just for you GAZA! ^^  Setakat ni kutipan ok - ok la.. Alhamdulillah ade la insan prihatin. Harap semua ikhlas supaya dapat ganjaran. :)


Eh, nak cite sikit . . .





Makan ape nak sihatkan mata? Korang mesti dah jawab karot kan?! hehe.. betul3. Bijak. Kajian menunjukan nutrisi tertentu merupakan kunci utama mencegah penyakit mata. Lutein merupakan satu antioksidan karotenoid berpigment warna kuning dan oren pada sayuran. Antioksidan ini melindungi dan megurangkan daripada dijangkiti katarak mata dan degenerasi makular.


Untuk menghindarinya, pilih makanan seperti:



  •    Adpokat/Avocado - makanan padat nutrisi
  •    Karot [lobak merah] - kaya dengan beta karotin yang akan diubah oleh tubuh                              menjadi vitamin A. Ia berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata dan membantu tubuh membebaskan bahan radikal bebas.
  •    Brokoli - kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxathin, sulforaphane
  •    Bayam - sumber vitamin A,  lutein and zeaxathin.
  •    Kobis - sama seperti bayam.
  •    Tomato - mengandungi Vitamin C dan lycopene yang penting untuk mata.
  •    Biji bunga matahari - mengandunigi selenium yang bagus untuk mata.
  •    Bawang putih - Juga mengandungi selenium serta  vitamin C dan quercetin.
  •    Salmon - kaya dengan omega-3, acid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12 dan        vitamin A.
Jaga mata anda ok! 
P/S: sorry if serabut, taip laju-laju.
See ya. InsyaAllah. =)


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Thursday, November 01, 2012

5 PERKARA BAWA WANITA KE SYURGA

Assalamualaikum readers!

Ahlan wa sahlan ya NOVEMBER! :)


1 November. Ok, 4 November balik shah alam. T_T

Err~ assignment tak siap lagi. Takpe, share ni dulu...




PERTAMA
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

KEDUA
Hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.


KETIGA
Selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

KEEMPAT
Solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.


KELIMA
Berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam


Sumber: islamituindah

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)