Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Wednesday, July 25, 2012

POPULAR DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum Reader sekalian..

Tiba-tiba boring lepas buat entri TENSION vs LAWAK tadi, tiba-tiba rasa nak cakap pasal makanan. Memandangkan Fb pun tak boleh buka, menghadap blog jelarh. Makanan apa yang popular di bulan Ramadan ni eh?

Semestinya KURMA


Tak ada kurma, macam tak lengkap bulan Ramadan. Ianya merupakan makanan kegemaran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Banyak khasiatnya dan cepat meningkatkan tenaga terutamanya selepaas sehari berpuasa.

Air tebu


Selalunya banyak peniaga yang akan menjual air ni. Cepat menghilangkan dahaga dan kaya dengan khasiat mineral. Baru minum waktu berbuka tadi. Hehe

Bubur Lambuk


Biasanya boleh didapati percuma di kebanyakkan masjid. Senang dihadam dan berkhasiat untuk perut yang kosong.

Popiah


Actually tak kira la popiah basah/kering, dua-dua pun banyak di bulan puasa. Ada yang tak tahu popiah? Tak kenal maka tak cinta. ?/$@#* Intinya sayur-sayuran [timun, taugeh, sengkuang]. Jelaslah berkhasiat dengan sos daripada lada kering dan kacang tanah berkisar. Cerita je pandai padahal tak makan pun. hakhak

Ayam Percik


 Ayam percik dibakar dan disaluti sambal yang agak manis lepas tu bakar sekali lagi. Setiap bazaar Ramadan mesti ada. :) Esok pergi la cari..

Murtabak


Murtabak ada banyak jenis inti mengikut pilihan masing-masing. Memang popular di bulan Ramadan ni. Boleh dikatakan setiap bazaar ramadhan ada menjual murtabak seperti murtabak ayam, daging, telur atau sayur.

Kuih Pelita


Kuih pelita atau ada yang panggil Kuih Tako atau korang letak nama sendiri ni agak popular sebab manis dan lembut. Bekas yang digunakan ialah daun pisang or daun pandan bagi menaikkan lagi aroma. bahagian atas warna putih tu ialah santan dan bahagian bawah ialah tepung beras warnanya hijau.

Roti John


Apabila tiba bulan puasa, roti john yang dikatakan berasal dari Singapura ini sememangnya salah satu pilihan  juadah berbuka puasa yang cukup istimewa. Nampak sedap kan? My favourite. Rotinya yang lembut dengan isi di dalamnya yang terdiri daripada telur, bawang, daging atau ayam dan pelbagai perencah lain tentunya menyelerakan serta membuka selera untuk berbuka puasa.

Itu saja.. ^__^


Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Tuesday, July 24, 2012

TENSION vs LAWAK

Assalamualaikum Readers and Bloggers..

Apa yang berlaku sangat la menyedihkan di saat-saat Fb dah tak boleh nak buka.. haizZ~ Apesal laa. Katanya YOUR ACCOUNT IS TEMPORARILY LOCKED. Apa niiii. Dugaan betul bulan-bulan puasa nih.. Entah apa hikmah disebalik kejadian yang memilukan ni.. [ceh..] Duduk diam saja la nampaknya. Nak kata kena hack, macam tak. Tolongla cepat sihat. hurm



Tenangkan fikiran & sabar. Let's release the tension~

Cerita 1
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan….
Samdol : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : “Lahupa.. boleh ya!”
Penjual orang asli itu kebingungan. . . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”
Samdol : “Cakap dulu… Sepopit itu berapa?”

Cerita 2
Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
“Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya “Kenapa Bang?”
Mak Andeh pun menjawab “Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda “DILARANG MEMOTONG”.

Cerita 3
 Interview Dengan Warna


Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha.
Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak;

“Argghhh! Orang macam ni pun ada!”. Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali,
“Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!”.

Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab… “I hear the phone GREEN, GREEN… GREEN… , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW… BLUE’s that? WHITE did you say? Aiya… ! wrong number la… Don’t PURPLEy disturb people and don’t call BLACK, ok? Thank you.”

Lepas tu pengurus tu terus pengsan!

Cerita 4
 Tajupakalee

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua ‘drop-by’ kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi ‘o’ ais.

Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password..

“Dey mamak, sini kejap” Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

“Yes boss?”

“Sini wifi aper dia punya password?”

“Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi…sudah ka?” pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.

“Ok mamak, sekarang you bagi apa password”

“Ok boss amik ni arr… saya cakap satu kali boss terus tulis sana …dia punya fast-wood ‘tajupakalee’” Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

Gua pun cekal menaip di ruangan password ‘tajupakalee’ dalam hati bercakap jugak “Giler susah password mamak ni… tinggi bahasa digunakan.Lantas gua tekan ‘OK’

Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis ‘Password error!’. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

“Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!”

“Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti ‘tajupakalee’. Tak boleh tukar”

“You tengok sini saya tulis arrr ‘tajupakalee’, sekarang saya tekan ‘OK’.. haa you tengok salah lagi” Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.

“Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood ‘tajupakalee’ you dengar arrr ‘tajupakalee’ dia punya tulis ini macam’taju, taju, taju, taju’. You ada sekolah ka?” Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.

Gua terus tekan butang ‘shutdown’ sambil cakap “tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul’tujuh empat kali’ boleh tak?”

Sumber : Wazy


Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)