Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Thursday, February 14, 2013

CNY holiday Kelate, T'ganu, Pahang

Assalamualaikum readers ^^

Cuti tahun baru cina memang ramai yang pergi holiday kan. So sempena tahun melawat Terengganu 2013, kitorang [me, adik, abang, kakak] plan nak ke Terengganu walaupun kitorang dah beberapa kali jejakkan kaki kat sana. Well, nak mengimbau memories yang best dulu-dulu. Haha. Last minute apa jadi? On the first day, bertapak sebentar di Kelantan. Rantau panjang and wakaf che yeh. Jammed. Wasting time in car.

Ingatkan nak stay di kelantan malam ni. Tapi plan nak terus ke Terengganu juga.. 12 tengah malam baru sampai. Hampir semua tempat dah pernah pergi sebelum ni. So kali ni just nak makan keropok lekor! heheh. Lagipun, T'ganu kehujanan.. =(  Alang-alang kitorang stay area Dataran Shah Bandar, pagi-pagi tu terus melangkah ke Pasar Payang. Hujan lagi. Lepas makan-makan di keropok losong kak yah, ke pantai plak lah kite.. 

PANTAI TOK JEMBAL






Ha, kawasan Pantai Tok Jembal ni famous dengan pelbagai makanan laut yang dicelup dengan tepung. Sotong, udang, ikan, etc.

Ayuh ke Pahang! Eh....pulak. Ini dinamakan percutian tanpa planning. Kalau rasa nak pergi, baru plan. Cameron Highlands. Walaupun beberapa bulan yang lalu dah pergi. Jam teruk. Berbelas-belas jam atas jalan. Sweater tak bawa. Padahnya sejuk hampir membeku. Pukul 11 malam sampai.


LAVENDER GARDEN -baru dibuka

my sis

the nadzim's

=]


Dengan itu tamatlah vacation kali ni. =P


P.S. : we always ask people to be good. do we always ask ourselves to be better?

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Diet si darah B !

Assalamualaikum readers!





KITA pernah mendengar pelbagai jenis diet yang dipraktikan di luar negara - daripada diet Atkins, diet rendah kalori hinggalah diet organik. Semua atas satu tujuan iaitu untuk mendapatkan tahap kesihatan yang paling unggul.

Tetapi pernahkah anda mendengar diet mengikut jenis darah? Ia adalah di antara diet yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Populariti yang diraih oleh salah satu jenis diet ini bukanlah hanya kerana jumlah pengamalnya yang semakin meningkat tetapi kepelbagaian pertikaian tentang kebenaran diet tersebut oleh pakar pemakanan lain.


Namun begitu, yang pasti berdasarkan pelbagai testimoni orang ramai dan keinginan untuk mencuba diet itu, buku nukilan pakar perubatan naturopati, Dr. Peter J. D'Adamo, telah terjual lebih tiga juta naskhah di seluruh dunia.


Menerusi buku bertajuk Eat Right For Your Thype, D'Adamo percaya jenis darah mempengaruhi sistem pencernaan dan sesetengah makanan tidak baik kepada sesetengah jenis darah.


Malah, D'Adamo juga yakin bahawa jenis darah menentukan kemungkinan jenis-jenis penyakit yang mudah dihidapi oleh seseorang selain senaman yang sesuai.


Lantaran itu katanya, seseorang perlu mengamalkan jenis diet tertentu atau berbeza mengikut jenis darahnya. "Pengaturan pola pemakanan yang betul akan meningkatkan sistem imun tubuh, mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan," katanya.


Memetik kata salah seorang pengamal diet mengikut jenis darah itu yang hanya dikenali sebagai Andari dalam blognya, "Saya sendiri seorang pakar teknologi pemakanan yang sangat skeptikal dengan teori dan kaedah D'Adamo ini. Saya hanya mula membeli buku dan mengamalkan diet ini selepas seorang rakan saya yang sebelum ini mempunyai asma teruk sehingga terpaksa tidur duduk, kini sudah semakin sihat sejak mencuba teknik diet ini.


"Selepas mencuba teknik ini, saya yang mudah mengantuk sewaktu bekerja sebelum ini berasa lebih cergas dan segar," kata Andari. 






Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)