Ni nak cerita pasal last week. Camping! Dah lame tak join benda ni. So dengan minat yang ade pergi lah jugak. Ingat ramai tapi 64manusia je tak termasuk komander.
ME, ADIB [pegang buku], YONI [pegang fon] |
Kat mane? Pahang Darul Makmur. =P Berbekalkan 2bijik bas yg ade, kitorang pun gerak la pagi sabtu tu pepagi buta (takde la buta sangat ==”). Dengan semangat Kesatria Negara, kitorang redah hujan nak ke tempat berkumpul. Belum pape dah basah. Seperti biasa camping begini mesti kena bahagi kumpulan. Dalam sebanyak-banyak 13 klasmate, takde sape plak segroup. Nasib =(
Dapat plak kumpulan kucing. Eh macam tahu je orang tak suke kucing [!!]. Nama kumpulan diberi Felis Catus! Ha, belajar biology lah katakan..haha. dalam 8 members group ni, 5org adalah sekelas, 2org lagi pun sekelas. Nampak tak di mane sorang lagi? Sedih2. Bas kitorang naik tu jalan macam siput comel. ‘laju’ sangat. That’s why sampai lambat.
Total 64, siswa 9, siswi 55. Haha siswi je banyak. Sampai je sane, pasang kemah, tukar baju, terus buat aktiviti. Semua aktiviti dah pernah buat kat kem BTN and Kem PLKN dulu. Macam biase buat logo, main-main permainan ‘telur, ayam, dinosaur, raja’ , ‘percaya kawan’ ect. Lepas tu kena la masak sendiri! Ok, caranya same mcm kat PLKN dulu.. Sedap je! Hehe. Kitorang diajar something new. Komander cakap “Grenade!” semua kena meniarap pipi kanan cecah tanah. Yang ni yang paling malas nak buat sebab setiap kali buat, habis baju kotor termasuk la pipi. Kat pasir, tanah, jambatan, tar, lumpur semua dah pernah kena. Tak kisah la bila pun diorang suruh.
Time malam kebudayaan tu, masing-masing dah ketandusan idea. So kitorang buat la boria. Ni idea budak sematriks! Patut la, rupanye dia pun join bio-ecorace dulu, kena buat boria. Haha. Syarat kitorang dapat, perasaan neutral, means kena buat muke takde feeling. Kelakar..
Night walk atau OBH [operasi burung hantu] – dah biase buat. Yang dulu lagi takut! Yang ni macam kelakar. Hehe. Of course kena tinggal sorang-sorang sambil tutup mata. Dah la kena kacau non-stop. Banyak plak hantu-hantunye. Password yang diberi adalah ‘Tanda arah’. So kitorang la yang kena tanye “Tanda?” kat sape-sape yang menghampiri. Kalau die jawab salah, means bukan kawan. Time tanye tu, ade 2 hantu yang jawab “lahir”. Means bukan jugak la. Kelakar kelakar. Siap tanye balik betul ke tak die jawab =.=”. Ade hantu main tabur-tabur daun plak… ade yang datang depan, nangis2 macam budak kecik. Ingat takut lah?haha. Ade plak yang ketawa2 jalan ulang-alik. Ade yang cakap dengan nada seram, “Adik, adik buat ape kat sini dik?” Yang geramnye ade hantu pegang2 suruh ikut die. Geli je rase. Penat melayan hantu-hantu tu. Pastu komander ambil kitorang balik. Selamat.
Next day, main telefon rosak, capkalicap, tepi depan belakang, ect. Di hari kitorang nak balik, komander benarkan terjun sungai! Hooreeeeeee. Sejuk giler air. Sebelum tu, sempat lagi komader cari tempat berlumpur. Kitorang kena mengesot kat lumpur yang busuk dan penuh berudu. Geliiiii~ satu badan berlumpur. Tak cukup lagi, kitorang kena meniarap kat situ ramai-ramai pastu komander tuang sardin basi. Sangat BUSUK. Ade yang nak muntah dah. Nak termasuk dalam mulut pun ade! Dah macam ni baru boleh mandi sungai. =)
time nak balik |
member sekelas! |
:D |
happy =) |
semangat. haha |
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad