Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Friday, March 01, 2013

Pencerobohan Lahad Datu

Assalamualaikum readers

Berterima kasih lah kepada wira negara. :'(



Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.
Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.
Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.
Bagaimanapun, wartawan di pintu masuk Felda Sahabat 17 menuju ke Kampung Tanduo melihat dua mayat diusung menaiki jip oleh kakitangan perubatan pasukan keselamatan Malaysia.

Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib enggan memberi komen dan memberitahu satu sidang media akan diadakan kemudian.
Sejak itu, pelbagai laporan mengenai bilangan individu yang cedera atau maut mula tersebar
Sementara itu, Pasukan keselamatan telah melakukan perkara yang perlu untuk mengelakkan pertumpahan darah berlaku di Lahad Datu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Mereka melakukan apa saja untuk memastikan insiden itu diselesaikan dengan cara terbaik di mana memberi masa untuk rundingan dan mengadakan diplomasi dengan kerajaan Filipina bagi mengelakkan pertumpahan darah. Kita sudah memberikan masa untuk menyelesaikan perkara ini, ada had kepada apa yang kita lakukan."

“Saya percaya sesiapa saja tidak harus menuduh pihak berkuasa tidak memberi ruang dan masa kepada mereka yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah,” 

katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pergerakan Belia Malaysia-Palestin ke ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak akan melanjutkan tarikh akhir kepada kumpulan bersenjata tersebut
Menurut beliau, tarikh akhir untuk mereka berundur dan menyerah diri telah banyak kali dilanjutkan sebelum ini.


“Kerajaan Filipina sudah memberitahu bahawa apa yang mereka inginkan dari kumpulan tersebut adalah kembali ke Filipina. Apa yang penting sekarang adalah membiarkan polis melakukan operasi mereka,” katanya.


P.S.: Belajar lah menghargai pengorbanan.

SUMBER: http://www.infoharian.com/berita/
Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum..semoga pergolakkan di Lahad Datu akan segera pulih seperti biasa.

    ReplyDelete

THANK YOU KOMEN SINI :]