Assalamualaikum my dear readers!
Selamat Hari Raya rakyat jelata! kahkah
Eh, jangan seronok sangat. Semangat Ramadhan yang berbaki jangan disia-siakan. Caj bateri sehabisnya! #RamadhanQuote
Sana sini roadblock? Hati-hati..Jangan lupa bawa I/C. @_@ Lesen pastikan ada.
BALIK KAMPUNG
Dengar cerita dah ramai balik kampung. erk? Yela tu, berderet post nak balik raya kat fesbuk. hiewhiew~ Adik straight away dari kolej kat Balik Pulau ke Bukit Mertajam petang semalam. Untung r balik awal~ Tapi kitorang balik Jumaat sebab nak shopping buat kali terakhirnya harini. Korang sempat tak beli tiket? Ramai lagi ke yang tercangak kat bandar? Kesian kesian. Pless balik raya bersama famili anda. Servis kereta 1st. Yang naik bas tak perlu servis bas. Macam saya naik keretapi. ^^
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
KUIH RAYA
Err.. kuih raya setiap tahun beli je. Coz time balik kampung baru tengok tolong sepupu buat. Tu pun kalau sempat. Lagipun dia dah kawen pun. Every year mesti raya di Penang. Wajib! Tak pernah lagi raya kat rumah sendiri. Kenapa ya? Akan terselahlah betapa bosannya raya kat bandar tanpa relatives.. Kuih kegemaran eh? Awal-awal lagi dah cerita KAT SINI. Hikhik. Kalau rajin baca la ye. ^^
BAJU RAYA
Ha, yang ni ohsem nih. huakhuak! Tapi kesian my dad dah habis ribu riban raya nih. Bukan sengaja k.. Barang pun mahal. Kalau boleh nak cari yang tahan lama. Rasanya kalau membeli baju yang banyak, tak sebazir membeli makanan yang banyak kan.. #_# Just tinggal tudung nak di'match'kan dengan baju kurung raya pertama and baju kurung raya kedua tak beli lagik! For 2nd day tak perlulah grand bangat kan? haha. So pilih sesimple mungkin. What kaler? Memandangkan selama 19 tahun hidup dah 18 kali raya, kaler baju raya terpaksa rotate. hoho. Of course la kan. Kalau biru, oren, merah, hijau dah berapa kali entah. Tahun lepas pilih peach. Tapi ada lari-lari sikit sampai jadi pink pulak! Agak susah la nak padankan 4 beradik jadi warna yang sama. Tema la katakan. :P Kadang-kadang tersasar jugak. Macam tahun ni nyaris-nyaris tersasarrr. Purple my fevret jadi pilihan.(Y) Sebab tak sempat nak tempah, terpaksa lah beli. Nak memburu yang kain cotton punya pasal, 2hari cari baru jumpa. Penat penat penat. Kekangan saiz adalah big problem. Samada XXS/XS atau 36 je. Tu pun ohhoi besar. Last-last dapat jugak saiz 36. Design yang tak sarat, just plain tapi nice la. :) Pattern tak jauh beza dengan my sis. Cuma gelap & terang. Both adik & abg lagi no problem. Diorang kaler nearly the same. Nampak tak lelaki ke perempuan yang susah memilih. krik krik~
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.
DUIT RAYA
Hurm, ada yang mempersoalkan, umur 19 tahun layak tak dapat duit raya? Errr... Of course la layak guys! bhahaha. Ok, serius. Selagi orang tu nak bagi, apa salahnya kita. Terima jelah. Kan? Mostly kalau dah besar ramai yang akan kata, "Eh, takpe la mak cik, dah besar pun." Kalau la mak cik tu kesah dia besar ke tak, takde nye dia kasi. Bagi kitorang kat kampung, bila ziarah sekitar kampung, yang akan kasi duit raya adalah saudara mara jugak. Tak kira walaupun dah besar, diorang still bagi. Mungkin niat bersedekah. Bukan orang lain pun. :] Dalam usia 18 tahun pun masih mencecah ratus-ratus. Wahwah. Ni mungkin kes nampak kecik macam budak sekolah. [!!] Ingat sekolah lagi tak.. T_T
LAGU RAYA
Taknak cerita panjang, dengar lagu raya merata tempat. Baik dipasang sendiri mahupun orang lain. Tapi kalau pergi mall, lagu semua sama. =.="
KAD RAYA
Ok, ni part paling sedih. T_T Nobody sent me a card. Sedih sedih. Busy maybe. Alright, cheer up, buat khas untuk family, relatives, muslim fb friends & bloggers! Tak cantik pun tak pe kan? hakhak. Tak kira, nak letak jugak. Seburuk ni je mampu buat T_T
Tak upload lagi kat fb. Advance lagi di blog. C:
Anak Dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai blog pun kira ok what? #cp
UCAPAN RAYA
Ok, kepada semua blogger di luar dan dalam, Hazwaniey nak ucap SELAMAT HARI RAYA yang tak terhingga! :P Drive safe ye! Berhenti jika rasa mengantuk [macam iklan plak]. Rancang perjalanan anda. huhu. Lagi ape erk.. Ha! MAAF ZAHIR BATIN! Makan jangan gelojoh. Rasa semua kuih raya ok! Lemang ketuput & rendang jugak. Jangan gatal tangan mencipta mercun. Beli siap dah. wakaka. Siapa pro saja boleh main.. Yang tak pro, main bunga api atau mercun bawang/pop je. :P Make sure minta maaf kat semua ye. Yang perlu bagi duit raya, pergi tukar duit baru ok.. cecantik gak duit baru nih. huhu~~
My dad said : "Dulu kalau xda mercun, macam xraya lah. Sebelum subuh hari raya pi bakar mercun dulu. Dulu xjadi pun putus tangan semua. La ni ja." Biasalah kalau dah kreatif dan bijak itulah jadinya. Parents pula biar anak main mercun bola, botol, papan, telur, mancis, ketupat [tak boleh dimakan walaupun seakan-akan ketupat. kalau dimakan,nescaya akan meletup di perut], mercun lebah[suka kejar orang!], naga, rocket, thuner clap & meriam buluh.
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba shaya,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.
Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)