Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Monday, August 06, 2012

Salam Nuzul Al-Quran

Assalamualiakum Readers yang dikasihi sekalian..
Salam Ramadan dan Salam Nuzul Al-Quran kepada Umat Islam serata dunia..



Pada 17 Ramadan 2012M ini, umat Islam memperingati tepat ulangtahun ke 1402 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M. Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat. Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”

**Cuti umum hanya untuk rakyat negeri Selangor, Kelantan,Pahang, Perak, Perlis, Penang dan Terengganu sahaja.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

1 comment:

  1. salam nuzul quran
    dari http://cutemama-lelamaisara.blogspot.com/2012/08/segmen-tambah-follower-blog-sampai-1000.html

    ReplyDelete

THANK YOU KOMEN SINI :]