Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Thursday, February 28, 2013

‎6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Assalamualaikum~




Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...


SUMBER: FB

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Wednesday, February 27, 2013

Terapi Minda

Assalamualaikum readers~

Here we are, happy thursday guys =)


Khamis Jumaat Sabtu...Ahad --> Shah Alam  :O
Semester 2. I'm preparing myself for that. YES, terapi minda.

Fungsi dan kemampuan otak akan menjadi (jumud) beku dan bergerak ke belakang disebabkan 3 perkara:
  • sikap tidak mahu ambil tahu
  • kemalasan
  • faktor usia



Oleh itu, terapi ini berfungsi untuk menaikkan semangat dan sedar diri dan dapat mengatasi sikap malas dan apatis yang kerap muncul mengganggu kehidupan manusia. Inilah merupakan salah satu usaha pencegahan sebelum malaikat maut datang menjemput kita.


" Allah SWT memberikan al Hikmah ( kebijaksanaan ) kepada orang yang dikehendaki. Barangsiapa yang diberinya al Hikmah maka ia mendapat banyak kebaikan. Hanya orang-orang yang mahu berfikir yang dapat mengambil pelajaran / manfaat " . ( QS 2 : 269 )

Bagi saya, banyak yang boleh dikategorikan sebagai terapi minda.

TERAPI MINDA - sifat maaf

'Maaf' memang sesuatu yang sukar untuk diucapkan, dilakukan dan diberikan terutama apabila ianya melibatkan suatu peristiwa yang begitu menyentuh emosi yang sememangnya sukar untuk meminta atau memberi maaf.

Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil daripada dorongan kebersihan dan keredhaan hatinya kepada Allah. Sebagai manusia, mereka dapat mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas dasar sifat kelemahan semulajadi manusia terkadangkala terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul maka mereka melakukan kesalahan atau kesilapan yang perlu memaaf dan dimaafkan.

Dalam konteks ini Imam Syafie pernah berkata:
"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang dan melupakan terus kesalahannya. Nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia".

Orang yang suka memaafkan orang lain sentiasa memahami hakikat bahawa kelemahan yang ada pada dirinya sendiri dan bukanlah perkara yang hina apabila menjadi individu PEMAAF kerana di situ wujud sifat terpuji iaitu;
1. Bersih daripada sifat sombong dan ego
2. Bersih daripada sifat dendam
3. Menunjukkan kebijaksanaan dan sifat keikhlasan

Sifat-sifat di atas merupakan ikatan yang kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam. Kita sebagai umat Islam mempunyai satu arah iaitu menyembah Allah yang Esa dan perlakuan kita dalam perpaduan perlu mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.

Nukilan - Ibnu Muin



Renungan : ESQ, Kecerdasan Spiritual & Kecerdasan Emosi
ESQ. Kecerdasan spiritual (SQ) adalah kecerdasan yang bertumpu pada bahagian dalam diri kita yang berhubungan dengan kearifan diluar ego atau jiwa sedar. Pandangan lain, bahawa SQ adalah kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubungan dengan Tuhan. Asumsinya adalah jika seseorang hubungan dengan Tuhannya baik maka dapat dipastikan hubungan dengan sesama manusia pun akan baik pula.




SUMBER:
http://www.penawar.com
http://kuncikecerdasanminda.blogspot.com/
http://mgkkkluang.blogspot.com

P.S. Jadi yang terbaik untuk diri kita.

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Milo dan Revolusinya

Assalamualaikum readers

Hari ini nak share semuanya tentang MILO since semalam Abah ada cerita pasal milo semasa zaman dulu-II.  =)

Sejarah
Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt. Minuman Milo dinamai sempena nama Milo dari Croton, ahli olahraga Yunani yang terkenal kerana kekuatan legendanya. Milo dicipta pada tahun 1934 selepas amat banyak penyelidikan oleh Thomas Mayne. Pada asalnya, ia dikeluarkan dari sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran dengan Kempsey, New South Wales, Australia.


Milo Advertisement 1957

Sejarah seabad Nestle


KOSMO: HAMPIR setiap rakyat Malaysia yang berusia lebih setengah abad pasti mempunyai kenangan bersama Nestle seawal zaman kanak-kanak mereka. Bermula daripada produk minuman kegemaran ramai Milo yang enak diteguk sejuk sehinggalah kepada semangkuk mi Maggi yang panas dan menyelerakan saat perut sedang berkeroncong.

Sejak pembukaan pejabatnya yang pertama yang dikenali sebagai Anglo Swiss Condensed Milk di Pulau Pinang, jenama yang ‘intim’ dengan golongan berusia hinggalah kepada generasi kanak-kanak itu sebenarnya sudah 100 tahun ‘berjasa’ kepada masyarakat negara ini.




Revolusi



50'an



70'an


100 TAHUN NESTLE

Van Milo

50'an











Sekian :)



Sumber:
http://www.norizwanruslan.com
http://www.kosmo.com.my
http://koleksimilo.blogspot.com
http://phototalk.ahchien.net
semestinya Google
Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Monday, February 25, 2013

Serabut diet?

Assalamualaikum readers  =)

Pernah nampak perkataan SERABUT DIET di maklumat makanan?



Serabut diet atau pelawas ialah bahagian tak tercerna dalam makanan hasil tumbuhan yang menolak makanan melalui sistem pencernaan, menyerap air dan memudahkan peninjaan, dengan mengubah sifat kandungan salur gastrousus, serta mengubah cara penyerapan bahan khasiat dan kimia yang lain.
Serabut diet boleh bersifat terlarutkan air atau sebaliknya, tetapi tidak boleh dicerna. Akan tetapi, serabut yang terlarutkan air ditapai oleh bakteria dalam salur pencernaan, lalu menyerap air untuk menjadi bahan yang bergelatin. Serabut yang tidak terlarut pula berurai tetapi selalunya tidak ditapai.

Secara kini, serabut diet terdiri daripada polisakarida bukan kanji seperti selulosa dan anggota-anggota tumbuhan yang lain seperti dekstrin, inulin, lignin, lilin, kitin, pektins, beta-glukan dan oligosakarida. Istilah "serabut" tidak berapa kena namanya kerana kebanyakan jenis serabut diet langsung bukan jenis serabut.
Sumber makanan serabut diet sering dibahagikan kepada sama ada serabutnya terlarutkan air atau sebaliknya. Makanan hasil tumbuhan mengandungi kedua-dua jenis serabut yang berbeza-beza takatnya bergantung pada sifat tumbuhan.

Kelebihan penggunaan serabut ialah penghasilan sebatian menyegarkan ketika penapaian serabut terlarut, serta keupayaan serabut tidak terlarut (melalui ciri-ciri hidrofilik pasifnya) untuk membesarkan uraiannya, melembutkan tinja dan memendekkan masa peralihan melalui salur usus.


Kekacang juga menjadi sumber serabut diet yang baik.

Sayur-sayuran adalah sumber yang baik bagi serabut diet.



Pengambilan serabut diet setiap hari:

  • Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika-------------25-30g/hari
  • Pertubuhan Diabetes Amerika--------------40g/hari
  • Persatuan Dietetik Amerika--------------20-35g/hari


Adalah disyorkan bahawa pengambilan serabut diet sepatutnya di antara 25-40g setiap hari.
Menurut kajian tentang kesihatan pemakanan baru-baru ini, purata pengambilan pelawas hanya lebih kurang 13~14g setiap orang.
Paras pemprosesan makanan yang semakin tinggi telah menyebabkan amaun serabut di dalam makanan semakin kurang. Menurut kajian epidemiologi, pengambilan serabut diet berkait rapat dengan risiko kanser kolon. Kanser kolon menduduki tempat ketiga dalam senarai sepuluh jenis kanser yang biasa dijumpai di negara ini. Nyata sekali, ramai orang tidak mendapat bekalan serabut diet yang cukup daripada makanan mereka.




sumber
Wikipedia
http://anizyn.blogspot.com
http://e-farmasi.my1stop.com.my



P.S. Jaga kesihatan k :)

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Sunday, February 24, 2013

Fat burning miracles?

Assalamualaikum readers

Hye-II~ Today I want to share a scientific articles about health.




What is a ‘fat burner’?

A fat burner is a substance that is claimed to increase energy expenditure, make you lose weight, or somehow promote fat breakdown.  Many fat-burning supplements combine several ingredients, claimed to work in concert.  Is there such a thing as a fat burner?  The article examines some of the most popular such miracles, and Dr Alaya willll discuss just a few of those. =)

Fat burners on the market

Caffeine

Ha! The ultimate functional ingredient, caffeine appears naturally in coffee, tea and cocoa and is also added to many foods and drinks.  Anyone who drinks coffee knows that coffee does have active ingredients that increase alertness – that’s why I love my morning cup before going to the class!  It makes loose dreamy words stick into lucid sentences.  But does it increase energy expenditure and promote weight loss? 

A few studies showed that high doses of caffeine increased metabolic rate, however, longer-term studies tracking dieters taking caffeine or placebo showed caffeine performing no better than the dummy pill.  Overall, the authors conclude:

“Caffeine on its own has not been shown to be effective in reducing body weight and if caffeine increases fat metabolism, the effects are generally small”

Carnitine

Carnitine, which occurs naturally in meat, and is produced by our own liver and kidneys, is claimed to improve fat metabolism and increase muscle mass.

Most of the carnitine in our body is in our muscles, and our muscle takes up carnitine from our blood against a huge concentration gradient (sorry for the flashback to high school chemistry, but it’s needed in order to understand how little sense this makes).  Studies have shown that the enzyme that is responsible for transferring carnitine into the muscle is at maximum capacity, and therefore ingesting extra carnitine doesn’t raise muscle carnitine at all.

The only way in which muscle carnitine could be elevated was by increasing blood levels of both carnitine and insulin at the same time – by insulin intravenous drip or very large amounts of ingested sugar.  This impractical scenario is quite counterproductive from the weight-loss point of view.

Carnitine supplementation for weight-loss just doesn’t make sense! =.="

Tea

Tea contains catechins, which are thought to stimulate fat metabolism.  Green tea, which is non-oxidized and non-fermented tea leaves, has especially high levels of catechins, the most interesting of which is EGCG (epigallocatechin 3-gallate).  The authors review the green-tea weight burning studies and find them inconclusive:

“Green tea has the potential to increase fat metabolism at rest, also during exercise, and may help to lose body fat and body weight.  As with caffeine, the effects appear to be relatively small…”

Chromium

Chromium is added to many “functional” foods and drinks (Vitamin Water, Fuze) and is sold as part of many supplements as a fat burner and muscle builder.  Chromium occurs naturally in broccoli, mushrooms, brewer’s yeast, wheat germ and other foods, and was reported to increase lean body mass during exercise.

The excitement was dampened by further, better studies that found chromium had no effect – overall, the majority of studies find it useless – and the authors also caution that a few studies on cell cultures found chromium can cause chromosomal damage.

P.S. The best way is........exercise is it? =P




credit to Dr Ayala
Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Friday, February 22, 2013

The more sugary drinks you drink, the more you eat

Assalamualaikum. hye peeps!




That drinking can make you overeat does sound a bit odd. We have one stomach, after all, and filling it with a caloric drink should reduce the amount we eat -- the drink takes its stomach share and supplies calories, right?

But that’s not the way it is, and accumulating evidence shows that our body has a hard time registering calories from beverages in the tally towards satiety.

When women were served water, diet soda, regular soda, orange juice, milk or no drink with lunch, those drinking caloric beverages consumed about 100 additional calories for that meal. In another study researchers proved that solid candy is better for your waist than soda: when they gave men and women 450 calories a day of either soda or jellybeans for a month, candy eaters ate less food, compensating for the extra calories, while soda drinkers did not, so they ate more calories than usual. Another study looking at the effects of food form (solid, semi-solid or liquid) on appetite, fed participants either a whole apple, applesauce or apple juice of equivalent caloric value. The apple juice reduced hunger the least, the whole apple reduced hunger the most and the applesauce response was intermediate  -- people who had apple juice where ready for their next meal almost an hour earlier than those that had a bitable apple.

The more you drink the hungrier you get

Not only do drink calories go uncounted, some studies also show that when you drink calories you may add not just the calories of the drink, but even some extra food.

A new study in the American Journal of Clinical Nutrition looked at what 13,704 people drank over 24 hours, and what and how much these people ate.

The correlation was straightforward: people reporting higher caloric intake from sugary drinks also consumed more calories from food. They also tended to eat foods with higher caloric density, and eat more saturated fat, sugar and salt. This study also showed that the more calories people drank, the more snacking they did, and the longer their snacking episodes got.

This study further demonstrates that calories that you drink aren’t well compensated for: the people in this study who drank an average of 1000 calories a day ate an additional average of 22oo calories, bringing their total daily caloric intake to 1100 higher than people on the lower range of sugary drink intake – and 350 of these extra calories came from extra food.




Drinking and eating: a vicious cycle

This is a correlation. It seems like people who drink more calories (mostly from added sugars) eat more, and eat less healthfully, but does that mean that drinking leads to eating? This study can’t prove that. Maybe bad habits just cluster.

The authors speculate that while drinking more calories might lead to eating more food and eating poorly, it’s also possible that each bad habit begets the other -- drinking soda leads to eating a lot, and eating calorically dense foods leads to drinking more soda – a vicious cycle feeding itself.

Watching what you drink can break that cycle, and that’s why all reasonable weight loss and healthy nutrition advice emphasize elimination or reduction of sugary drinks. Getting rid of the sugary drink’s calories is the first bonus, but for many people changing the sugary drink habit holds the promise of other positive eating behavior changes that can follow, much more easily.


source: Dr. Ayala
Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Rentetan cerita Fizz Fairuz

Assalamualaikum readers


Ini adalah rentetan kisah yang aneh lagi pelik  =.="

- Fizz Fairuz bertunang.

- Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang, Kini Sah Putus.

- Almy Nadia: Saya Baru Tahu Dia Bertunang Dengan Isteri Orang.

- Azlyn Massiela: Fizz Fairuz Berbohong, Saya Tidak Pernah Kahwin.

- Suami Dakwa Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tidak Salahkan Fizz Fairuz.

Fizz Fairuz: Azlyn Massiela Sendiri Mengaku Sudah Pun Berkahwin







Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.

Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk seminggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.


“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut”





Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar & menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu.

Sebagai respons kepada apa yang di’dedahkan oleh Fizz Fairuz hari ini kepada Harian Metro, Almy Nadia mengakui yang dirinya juga baru tahu yang wanita tersebut merupakan isteri orang.


“Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” ujar Almy Nadia yang tahu akan perkara ini beberapa hari lalu.

Memberikan komen tentang ada kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, Almy Nadia tidka menolak perkara itu terjadi kerana selama ini Fizz Fairuz tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu.

“Sebelum ini Fizz (Fairuz) tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa yang sudah terjadi — saya pernah menyuruhnya pergi berubat tetapi entahlah,” ujar beliau enggan mengulas lanjut.






Fizz Fairuz tampil menjelaskan kepada para peminat dan juga media yang beliau sudah pun sudah putus tunang dengan wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang baru baru ini.

Alasan’nya adalah kerana wanita itu, Azlyn Massiela memegang status isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an & Fizz Fairuz memutuskan pertunangan tanpa banyak persoalan.

Hari ini menerusi Berita Harian, Azlyn Massiela secara eksklusif tampil memberikan kenyataan menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam & menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga.

“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga”

“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”

“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam”

“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),” ujar Azlyn Massiela hari ini.






Ketika Azlyn Massiela mendakwa dirinya tidak pernah bergelar isteri orang sepanjang hidup 26 tahun, muncul pula lelaki yang mendakwa suami kepada wanita ini yang mahu di’kenali sebagai Ramli.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan,” ujar Ramli.

Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian adalah kerana merasa kesunyian akibat kurang di’beri perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu.

“Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz”

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” tambah Ramli yang turu mendakwa keluarga Azlyn Massiela tidak mengetahui tentang perkahwinan mereka.




Fizz Fairuz: “Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya telah terbongkar”


“Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama”

“Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan”

“Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang”

“Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga,” ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia di’larikan dan terpaksa berkahwin dengan lelaki itu.


sumber: Rotikaya


Wallahualam bi shawab...

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Thursday, February 21, 2013

Food Tech sem 2 belajar.....

Assalamualaikum readers



Tarikh semakin menghampiri 3 Mac. Tup tup dah pun nak melangkah ke semester 2/Part 2. Walaupun kesebersalahan (whatever) masih jelas terasa, I try to move on.(T_T)  Ceh! bajet je sedih-II. Hurmm.. Sedangkan nobita pun tak pernah mengalah, inikan kita! kan kan kan. [??]

  Tak percaya?




=P  Ha, contohilah semangat nobita. kahkah. Walaupun dia suka minta tolong orang, at least nampak la usaha dia kan. Tak macam pokemon.

Baiklah, sebelum sebut macam-II lagi kartun, jom lihat apa budak Food Tech belajar semester 2 nanti. =)

  •   KESATRIA NEGARA II. Dah jadi komander, of course la kena sambung benda ni. TTS.
  •   PHYSICAL CHEMISTRY. Combination yg bagus. (tak payah jadi 2 subjek)
  •   GENERAL MICROBIOLOGY.  Bacteria, virus, etc.
  •   STATISTICS.  Maths. yeah, I'm glad it's maths =P
  •   FOOD ENGINEERING.  Haa jangan ingat food takde kaitan dengan engine.
  •   INTRODUCTION TO FOOD SC & TECH.  Ini kursus elektif/minor.


So, itu saja lah. As well, wish me luck! InsyaAllah.




Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

"Nak berjaya? Kita kena terajui minda kita dulu"

Assalamualaikum

Video ni dishare  blog theotherkhairul. So apabila menonton video ni, terasa sungguh impressive. Baguslah kalau semua rakyat malaysia menontonnya. Sedikit sebanyak dapat membuka minda sebab ianya menceritakan tentang bumiputera dan sikap-sikap masyarakat yang tidak asing lagi.



The facts is there.

74% isi rumah orang Melayu adalah dibawah RM2000.
22% je share saham milik Melayu.
43% student mendapat kerja minimum 3 bulan selepas graduasi.
57% bumiputera starting salary RM1500.

Cuma nak cakap satu sahaja bekenaan video. Kebanyakan bumiputera hanya mahir Bahasa Melayu. How about English? Walaupun kita tahu pentingnya kerana bahasa perantaraan dunia, masih ada yang berkata "cehh speaking konon". Ini adalah contoh manusia yang tidak pernah mahu melihat bangsanya maju.

Jika diperhatikan dalam video, mandarin turut ditekankan kepentingannya. Bercakap pada masa sekarang, mempelajari bahasa Mandarin tak lagi dianggap pelik atau "Mandarin? Buat apa nak belajar kalau tak guna."

dipetik dari ARKIB : 04/05/2011 Utusan

Graduan bumiputera wajar kuasai bahasa Mandarin

Golongan graduan bumiputera wajar menguasai pelbagai bahasa terutama Mandarin berikutan ia semakin penting di pasaran pekerjaan pada masa ini.

Pengerusi Pertandingan Pengucapan Awam Mandarin Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia, Bok Check Meng berkata, kemahiran menguasai bahasa Mandarin dapat melahirkan graduan berkualiti.

Katanya, kepesatan ekonomi China dengan penduduknya lebih 1.3 bilion menyebabkan masyarakat dunia semakin berminat mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa berkomunikasi.

''Bahasa Mandarin yang kini menjadi bahasa antarabangsa kedua selepas bahasa Inggeris perlu dikuasai rakyat Malaysia jika berhasrat mengembang perniagaan ke negara itu," katanya.

Check Meng berkata, rakyat China lebih meminati rakyat asing yang mahir bertutur dalam bahasa Mandarin berbanding bahasa Inggeris sekali gus memudahkan urusan perniagaan di negara berkenaan.

artikel penuh : utusan


Malah, rata-rata majikan memerlukan pekerja yang boleh bertutur dalam bahasa ini.



That's all. “Masa terbaik dalam hidup seseorang adalah masa ia dapat menggunakan kebebasan yang telah direbutnya sendiri” ― Pramoedya Ananta Toer


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Tuesday, February 19, 2013

Khasiat dan Keburukan memakan sushi

Assalamualaikum readers





Bukan sahaja enak, sushi juga menawarkan berbagai manfaat bagi tubuh. Kerana banyaknya jenis sushi, jumlah nutrisi yang terkandung dalam setiap gulungannya pun bervariasi. Sebagai contoh, sushi dengan topping ikan, ternyata kaya akan kandungan protein dan rendah kalori. Sushi tersebut juga mengandung lemak dan kolesterol yang rendah, sehingga menjadikannya makanan sihat. 

Salmon sebagai topping sushi juga mengandung omega-3 fatty acid, yang mampu menurunkan level kolesterol, tekanan darah dan risiko degupan jantung tidak normal. Selain itu, omega-3 fatty acid juga terkandung pada ikan makarel, tuna, dan herring.

Selain itu, nori atau lembaran rumput laut yang dikeringkan juga mengandung mineral yang kuat, iaitu, yodium, penting untuk fungsi hormon. Anda juga akan mendapat khasiat lain seperti magnesium, kalsium, zat besi, dan antioksidan fitonutrien dan asid folat dari makan gulungan dibungkus nori.

Namun, sushi juga mempunyai keburukan terhadap kesihatan.

Kalori 


Tampilan sushi yang digulung dan dipotong kecil-kecil ternyata menipu fikiran karena sebenarnya sushi mengandungi karbohidrat dan lemak. Misalnya, memesan tuna roll yang memiliki sekitar 200 kalori. Jika ditambah dengan mayones dan sos yang creamy, semakin menambah kalori dan lemak dalam sushi tersebut.

Bukan itu sahaja, saat berada didalam restoran, biasanya kita tak sedar akan jumlah yang dipesan, seperti memesan crunchy shrimp tempura roll yang ternyata mengandung lebih 500 kalori dan 20 gram lemak. Sos kedelai dan wasabi memang mengandung kalori rendah, namun sos kedelai mengandung sodium yang mempengaruhi kadar natrium yang tinggi.


Sumber Penyakit


Makan makanan mentah membuatkan badan terkena bakteria, virus dan parasit. Cacing gelang, misalnya, adalah parasit yang dapat masuk ke dalam perut.

Beberapa jenis sushi menggunakan ikan mentah, tapi kini menggunakan ikan yang beku yang ternyata lebih selamat. Proses pembekuan akan membunuh bakteri dan parasit, membuat ikan lebih selamat dimakan.

Ikan mentah memang kaya omega 3, namun boleh diganti dengan tofu, yang juga kaya akan omega-3.

Level Merkuri


Perairan terbuka, seperti sungai, danau dan laut dapat mengekspos ikan terkena
bahan beracun merkuri. Ikan tuna yang mengandung kadar merkuri yang jauh lebih tinggi, akan mengakibatkan risiko gangguan saraf, termasuk kerosakan otak, tuli dan buta.

Untuk mengurangkan risiko merkuri, sebaiknya tidak memesan terlalu banyak ikan-ikan tersebut. Atau menggantinya dengan belut atau telur ikan.

source: http://health.ghiboo.com


Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Monday, February 18, 2013

LAUGH until you SMILE


Assalamualikum readers

Have you SMILE today? =)



There's no such things like "TOO LATE" .. If you have a dream, continue with it.

P.S. : Think of what/how you've been before.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Sunday, February 17, 2013

All over the semester one

Assalamualaikum readers


15 days more as a part 2 student. Let's see some other memories in sem 1. =)

First, I met my room mate, Nabilah & few months later, I found she's a blogger too :D  how nice ^^
BELLA..
 My awesome classmates. This is the first time we took photo all together..

CLASSMATE - AS 226/1
 You are all great.. Nice to meet oulls.. :)

FOOD TECH THE BEST !

 Induction time.

YONI & IEYNA


Parts of the class.




This is when we are with our chemistry lab assistant. 10 of us on night class.

CHEMISTRY lab - geng kelas malam

This is how an ant look under a microscope. pretty cute heheh

BIOLOGY lab - love this one

 The second time I piggy back Mai.. Everything is possible =P

PHYSICS lab - MAI


Every days are fighting day . . 

lepak-ing --> break time


We practiced hard for the parade. :)

representing SAF FSG


 This is my senior commanders. You guys are great as always. salute! :)

The fsg's senior commanders



Kesatria camping at Hutan Lipur Lentang Pahang. Have lots of fun together.

KEBINA gang

The superb ABC I had at Dataran Cendekia UiTM Shah Alam. The best part was when we shared together. Mai & Yoni.
Delicia


Semester 2 coming on! Wish I do well. pray hard.



P/S: If you are a girl who can talk a lot, how come being of afraid asking question? Think again.
Life can only be understood backwards; but it must be lived forwards.. Sooner or later we've all got to let go of our past.


Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

Thursday, February 14, 2013

Awesome LIBK


Assalamualaikum readers!

Wah..panjang cerita. Dari study week  sampai exam, dari last day exam sampai LIBK(Latihan intensif bakal komander), dari tamat latihan sampailah akhirnya merasai cuti sem. Left one month before next step as a Part 2 student as well as a freshy commander.  Proud to be :’) ..
First of all, dah hampir 2 minggu  kat rumah lepas menjalani  Latihan Intensif Bakal Komander or lebih dikenali sebagai LIBK selama 10 hari. 30% ala tentera. Not bad. It was right after final exam  (T.T) .. Dah la lama tak balik rumah, memang sedih tengok orang lain balik. 

Ini cerita sebelum LIBK...

The amazing study week
Well, first time final kat uitm ni kekekokan jelas terasa. Tak dapat nak survive sepenuhnya tanpa lecturers. It’s too different from last time (matriks).  No matter, I still have friends  ^_<   time ni jugak la I’m started to think of LIBK. huh?

Fantastic final
Nak maintain sampai habis final agak sukar. The gaps seriously make we people engrossed. Setamatnya final, ramai melangkah pulang. Sedih. Kbye.
Kakak datang just nak ambil barang. No matter how, kena stay di kolej Melati 21/1 sampai 24/1.. thanks to Ain Farhanis sebab temankan for few days. 22hb, kitorang pergi giant and makan kfc  =) 


my name tag



10 DAYS. The best & horrendous LIBK series 47

Day 1 (It's begin)

Okeyh! So kitorang Kompeni E –Syaril, Zul, Amir, Ain, Musfirah, Tira, Pkah, Aiman- dengan rela hatinya mendaftarkan diri sebagai Bakal Komander (BK)! Penatnya mengangkut beg dari kolej Melati ke Teratai. Lepas daftar di Pusat Kokurikulum, daftar kolej plak. Then ambil barang naik atas. Turun balik, cari makanan sebab lapar. Time melintasi ruangan daftar kolej, “Hazwani!”. Pusing je,ada komander panggil. Tapi cakap-II dengan komander lain seolah-olah bercerita sesuatu. Time tu tak kenal pun komander tu. (Itu komander Faizal. Hari ke-7 LIBK baru faham kenapa dia panggil. Nanti kita flashback yep) 

Kunci 1 bilik sorang je dapat rupanya… T2401. First room. Okay, perkenalkan roommate baru, Amalina Azhar dari fac pengajian polisi and Kak Fadzliana dari fac sport rec. Pukul 5 - taklimat. Dan start dari malam ni kena pakai baju formal. Pecah by platun. What to say..satu-satunya kompeni E di platun 5. But then satu platun dengan Kak Fadz, Yati & Azreen. Yeay :P  26 of us are fighting till the end =’) .. 

Malam, ceramah kemahiran insaniah. Arh…padan la ujian bertulis tak reti jawab pasal ni. Mengantuk seh..  Nanti kita tengok macam mana ujian bertulis hari ke-8 -blurr. Penyerahan barang berharga di waktu hujan renyai-renyai. Sebab mengantuk, apa yang komander marah serius tak dengar. 10 minit selepas naik bilik kena light off. Then, proses mengkiwikan kasut pun bermula. penting--> Baca buku kawad.

BUKU KAWAD


Day 2 (Le tiring day)

Hujan. PT pagi di dalam surau. Ini yang best! (shhh)  latihan kawad kaki seriously penattttt. Platun 5- cikgu Samdin. First dia ajar, rasa takut jugak. Lama-lama baru sedar inilah cikgu yang sangat berdedikasi. We're lucky. Walaupun sangat tegas tapi caring ok. Cuaca kira baik lah! Semua pun mengharapkan cuaca macam ni berpanjangan sampai tamat latihan. But nope. Petang ni baru diajar kiwikan kasut, ikat layard, ikat tali kasut. Hari yang meletihkan. Malam, semua sibuk mengilatkan kasut.


Day 3 (Le first time)

Disebabkan cikgu kitorang hanya 1, ade la komander yang selalu pantau. Especially komander Zameer. Harini dah kena pakai kasut boot & barray. Cikgu kasi kitorang kawad dahsyat jugak la. For our own good, yes it is. Mengantuk sangat pun terpaksa buka buku kawad & hafal. ~.~


Day 4 (Le pain, first cry & my bad)

Hrmm.. Harini Cikgu Samdin sakit tekak & dah hilang suara. Rasa bersalah plak kalau kitorang dah buatkan dia marah-marah semalam =’(  dia tak boleh nak ajar kitorang so dia serahkan kepada Komander Zameer. Unfortunately harini tertinggal barray! Innalillah~ cari nahas jugak Hazwani ni. Sepanjang kawad, bersungguh-sungguh doa supaya tak kena marah (x bley blah  XD). Sorang je komander yang tanya tapi dia cakap "lain kali bawak". Cool. heheh. Even cikgu pun tak tegur. Damnly lega.

Drink server- tak pasal-II... Ni kes buli ke ape? =(
Ada orang take serius. LOL. Dia main-II jelarh doe. Sebagai menghormati komander. Kan.. Kalau korang pun korang ikut juga kan. Tolong ambilkan air jerh pon =.=" Ape kes kecoh-II. Berlatih ujian mengawadkan skuad. Ingatkan komander Zameer ni garang. Tapi tak. Haha Dia boleh je bergurau time tengah serius berlatih. LOL, first time tengok dia senyum. Macam sporting giler. Setakat ni cara dia tegur orang buat silap tak kasar - dengan ayat dia "mintak tolong sangat ngan korang". haha

Lepas kawad harini feeling something bad. OMKaki~~ Kaki dah tak boleh lari. Sakit ape nih? =’(  Malam- ceramah pengucapan awam. Ni first time menangis dalam LIBK. From maghrib lagi menahan kesakitan. Masa solat memang sakit. Sampai lah lepas isyak, termenangis depan kawan sebab lutut ni dah sakit dengan luar biasa. Rupanya urat kat lutut bengkak. Sangat. That’s why nak bengkokkan kaki sakit macam patah kaki je. 
Letak ubat dengan harapan dapat sembuh.


Day 5 (Le preparation)

TTS. Dah kena jadi demo la plak. Memandangkan kat plkn dah belajar benda ni dan sama je macam taekwando WTF, so boleh la sikit-sikit. Latihan masuk baris bersama penanda & pelurus barisan. Komander siap buat skuad demo lagi. Semangat hafal doa yang panjang lebar tu. Kawad perhubungan. Sampai sakit tekak. Komander suruh kuat lagi suara. Padahal itulah maksimum level punya tahap jeritan.

Bahagi platun masing-masing untuk ujian esoknya. Platun 6- with azreen & shahida.  Persediaan ujian mengajarkan skuad. Berlatih as yesterday. Time serius, Komander Zameer boleh buat lawak lagi. Takde plak dia marah sebab still macam semalam, tak hafal-II lagi doa kawad. Asyik refer buku je. Dia selalu cakap try jadi confident. Malam ni  memang menghafal sepenuh hati. Kasut boot dikilat sampai shining [konon]


Day 6 (Thanks !)

Pagi ni sempat la sikit practice buat kali terakhir untuk ujian. Ujian mengajarkan skuad. Berdebar jugak. Alhamdulillah ok. Relieved. Walaupun tak bagus mane pun.. Nasib baik komander zameer tak tengok time ni. Last-last baru dia datang cakap suruh buat elok-II. (padahal dah habis buat ujian). Kelakar. And first time kena bawa platun pergi rehat. Time ni kena tegur plak dengan komander syafiq sebab dekat sangat dengan skuad. Hahaha.

Persediaan ujian mengawadkan skuad. Pecah 3 platun. Komander Zameer ajar platun kitorang. Dia practicekan sorang demi sorang. Dia takdelah marah pun kalau salah. Banyak belajar benda yg tak tahu time ni. Salute & kagum r dengan dia... Suara dia boleh mengalahkan kebisingan padang kawad. Hebat arh. Kawad 2 jam non-stop memang almost faint. Petang : First time jadi IC platun. Pakai formal tak payah  hentak kaki, senang sikit =P.  Malam : Study  kitab (buku kawad) ; peta, kompas, doa kawad . Lusa ujian mengawadkan skuad!


Day 7 (Le MC)

Harini nak pergi Bukit Cerakah!! Naik bas, tak jauh pun. Belajar pandu arah, baca peta, kompas & protractor. Teorinya sangat mengantuk. Teringat masa kat plkn dulu pun macam ni... Praktikal : semangat volunteer nak baca bearing ke-2 tapi salah baca pulakk~ sebab banyak bearing dekat-II. Pengkalan hutan. Santai. Gelak je memanjang. Siap ade yang kena menyanyi la menari la.

Lepas solat maghrib, Shahida kata komander panggil. What?!! MC? Oh man..seumur hidup tak pernah jadi. Yati cakap, kalau taknak nanti kena lagi teruk. Terpaksa rela. Cari MC semalam, nak tanye skrip. Bagus la Nona ni, dia boleh ingat ape yang dia baca semalam. Kalau Nona, jurulatih pilih. Hazwani? Luckily, tak mengantuk malam ni. Baru tahu, semua yang jadi MC dipaksa pakai something. Patutla MC sebelum ni ade yang pakai topi keledar basikal, kompas. Komander Anuar tanya nak pakai apa. Mulanya dia nak bagi pakai topi basikal tu. Begging him, serius taknak. [!!] Lastly ade komander mengeluarkan topi diperbuat menggunakan polistren & getah. Whatever tapi lebih rela pakai yg ni. Haha. Last minute practice, naik stage, dengan buat muka slumber-lantak-kau, spoke. Rupanya salah cakap. Ashamed. Agak kehentaman membaca skrip. Bersedia untuk naik kali ke-2.

Terharu plak cikgu bersungguh-sungguh ajar baca skrip tu. Banyak belajar time ni. Lepas tu, Prof Kamal plak datang tanya kenapa pakai topi tu. Err~ Dia suruh salin pantun, siap ajar cara nak baca. Pulak. Semakin mencabar nak membacanya nanti (T_T) cikgu suruh practice lagi dia nak dengar. Bagus betul la cikgu nih! Terharu sekali lagi. Boleh plak komander Zameer tanye kenapa hitam sangat. *_* Well, dah terbakar larhh... then tuan datang lagi sekali, tambah lagi pantun. @_@ kali ni pantun 6 kerat. MasyaAllah. Apo nok dikato.. nasib baik Komander Anuar tolong tanyekan macam mana nak baca pantun tu.. Ha, ingat tak cerita Day 1 yg kom Faizal panggil tu? Masa ni la kom Faizal bagitau. Rupanya sama muka macam budak Fac dia. Dia cakap tu yg masa daftar tu dia terkejut tengok.
Dapat full U. So esok dah kena pakai. Seriously? Malam ni kena agak teruk. Wondering jugak sapekah yg menolak topi tu sampai jatuh. Sabar jelah. Iron baju & kiwi boot. Tak sempat nak buat pape dah light off. Sedih jugak terpaksa iron baju dalam gelap. hurm


Day 8 (Le worst day)

That’s it! Everyone looked smart in full U! :D  kelam kabut jugak la pakaikan lencana kat barray pagi ni. Ujian mengawadkan skuad. Bermulalah hari yang kurang bernasib baik. Start dari ujian ni, I did worst. Lepaskan skuad sampai group lain, memang kena dahsyat. Malu jugak sebab buat salah the same thing macam masa practice dengan komander Zameer haritu. Spoil everything. Cikgu cakap dia bagi markah kesian. Komander zameer ade kat situ, dia cakap markah lulus 60. [??] Kawan cakap, dia dengar & arahan betul tapi just orang lain tak dengar sebab tu diorang tak ikut. Time nilah second time menangis dalam LIBK. Serius sedih. Sebab: takut fail. Start dari sini, takde semangat buat apa-II. First time rasa tak lalu nak makan langsung, terpaksa sumbat. Buat kesalahan yg tah pape.

Tak pasal-II harini semua kena mandi air paip. Time rehat, komander Zameer panggil. haihhh~ Dia tanya pasal tadi. Maybe sebab first-II lagi dah kena marah dengan cikgu Zul, tu yg hilang fokus. Ujian pelatih terbaik. Sementara tu, ade komander yg tolong kitorang betulkan ikatan layard, cara ketatkan belt. Pagi tadi komander Anuar dah ikatkan layard dengan kemas tapi komander Faizal suruh buka balik T_T. Prepare untuk ujian bertulis malam ni. A bit rushing, solat & tak sempat mandi. Time nak masuk dewan makan… “Hazwani, mana topi?” oh damn! Dengan muka innocent, t’lupe. Semalam komander Faizal dah suruh pakai lagi harini. Kelam kabut sangat tadi. To make the day even worst, I left my name tag too! Worst worst worst. Tertinggal name tag kesalahan besar tau tak. Tak tau macam mana nak cover, redha jelah. Tertinggal satu lagi benda (T_T) .. Time maghrib, Ya Allah mengantuk! Satu lagi masalah, tak bawa satu pen/pensel. Terpaksa pinjam. Dapat la pensel sebatang. Kenapala teruk sangat harini. Komander Azri tanya nama. (kenapalah dia tanya..) Time ni la kantoi tak pakai name tag. Nasib baik tak marah. Ujian ni kira susah jugak la sebenarnya. Terima kasih komander Anuar & komander Faizal sebab tolong.
Kiwi boot walaupun sekejap.


Day 9 (Le usher)

Counting days! Esok balik akhirnya :D :D :D  Half U. Pagi ni dah dapat handphone. Kitorang bincangkan untuk persembahan malam sekalung budi malam nanti.  Raptai perbarisan tamat latihan. Time nilah kulit hangus terbakar. Terik. Faktor berjalan lalu tu teruk is kitorang lebih banyak mendengar semua orang menengking dari mendengar skuad leader command dalam suasana yang amat bising. =_=” Tension jugak.  

Hujan. Tiba-tiba pengumuman “Hazwani dari platun 5, …..” . Rupanya 6 kitorang kena jadi usher untuk malam ni. Eshan tarik diri so fetty yang ganti. Terpaksa jugak la ikhlaskan diri bila dah rentung macam ni. Kesian kan. Usher rentung. Dah tu, terpaksa pakai baju kebudayaan. Rushing sangat – mandi & solat maghrib. MC & usher berlari bersama-sama ke bangunan S&T. Semestinya berpeluh. Komander Zameer kata dah macam orang asli. K fine tak kesah… Mengantuk, lapar, dahaga. Lepas VIP datang, ada lagi tugas yang mendatang. Why me? Kena bagi pengetuk gong kat PM Yaziz untuk perasmian lepas dia selesai berucap. Nak bagi macam mana tak tau!! Aigoo~ I think I’ve double my mistake ==” . Arh ashamed. Sesuka hati je..

Tugas serve makanan komander Anuar done. Komander Zameer dah ade yang serve. Yes, boleh makan dah! Ya Allah..ni first time diorang serve air ais. This is crazy. At last, habiskan 3 gelas. Enjoy the food sambil melayan persembahan by platun. The part yang kitorang kena menari kat depan memang malu. Belasah ajelah . . . Harap semua tak perasan gambar masa jadi MC kat video tu. Haish. Selesai sudah majlis malam ni. Berbaris. Malam ni dijangka menjadi malam yang paling dahsyat. Malam hell. Ek? Kehujanan. Kebasahan. Redha je apa yg bakal terjadi. Kena plak time mengantuk gila, ketidakstabilan kasut, kesakitan kaki. Baju ni memang tak dapat diselamatkan lagi. -Skipped- Biar kitorang je yg tahu ape jadi malam ni. =P   dah boleh balik. Mandi lagi. Boot, full U, barray ready.


Day 10 (Le day of passing out)

I can feel the spirit of today! We gonna end this. Ada jugak perasaan tak sangka. Betul ke dah habis? Sebelum berjalan lalu, berdiri agak lama. Berjalan lalu rasanya ok. Relieved. Masa penyampaian hadiah, I saw my family. Baru datang? Hurm. Panas & hampir tercabut kaki. Burning. Majlis tamat dengan pemakaian pangkat oleh parents yang hadir. Oh best! Cikgu & komander Zameer memberi kata-kata terakhir.

Pangkat di bahu beerti mengalas tanggungjawab. Yg parents tak hadir, komander Zameer yg pakaikan pangkat.  Alahai sedih melihat rakan seperjuangan yg lain menangis. Terharu mungkin. Alamak, komander Arif dah bagi amanat. Fuhh, ini serius. Komander Zaid datang ucap tahniah. Arigato! Dapat kumpul satu kompeni dengan senior-II. Lepas makan, masa untuk meninggalkan padang kawad. Sebuah persinggahan di pusat ko, pulangkan baju kebudayaan semalam. Lepas tu ke kolej, clearance. Ah ramai plak komander jaga clearance. Kan dah kena usik lagi pasal topi tu. Time ni juga la komander Zameer tiba-II muncul. Goodbye Kolej Teratai! Next sem jumpa lagi k. =)


cikgu Samdin


komander Zameer berkata-kata



komander Zameer & tongkatnya :D


pemakaian pangkat =)


AS 226





#Thanks sangat kepada semua komander especially komander Zameer. Dia dah banyak tolong platun kitorang. Sebab komander-II la, I’ve gain something new dalam LIBK ni. Even kat plkn pun tak dapat jadi IC platun, MC, usher & drink server macam kat sini. The most important things is your mental. Haa..inilah yang sebenarnya komander nak uji sangat. Setakat kena sound tu biasalah. Kuatkan mental! It’s not because you’re a girl. Be tough. Sepanjang LIBK, barray tertinggal, name tag tertinggal, topi tertinggal. HAHA

Komander Rendah Muda Hazwani  :D

P/S: setiap yang berlaku ada hikmah mahupun pengajarannya.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)