Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Thursday, February 14, 2013

Awesome LIBK


Assalamualaikum readers!

Wah..panjang cerita. Dari study week  sampai exam, dari last day exam sampai LIBK(Latihan intensif bakal komander), dari tamat latihan sampailah akhirnya merasai cuti sem. Left one month before next step as a Part 2 student as well as a freshy commander.  Proud to be :’) ..
First of all, dah hampir 2 minggu  kat rumah lepas menjalani  Latihan Intensif Bakal Komander or lebih dikenali sebagai LIBK selama 10 hari. 30% ala tentera. Not bad. It was right after final exam  (T.T) .. Dah la lama tak balik rumah, memang sedih tengok orang lain balik. 

Ini cerita sebelum LIBK...

The amazing study week
Well, first time final kat uitm ni kekekokan jelas terasa. Tak dapat nak survive sepenuhnya tanpa lecturers. It’s too different from last time (matriks).  No matter, I still have friends  ^_<   time ni jugak la I’m started to think of LIBK. huh?

Fantastic final
Nak maintain sampai habis final agak sukar. The gaps seriously make we people engrossed. Setamatnya final, ramai melangkah pulang. Sedih. Kbye.
Kakak datang just nak ambil barang. No matter how, kena stay di kolej Melati 21/1 sampai 24/1.. thanks to Ain Farhanis sebab temankan for few days. 22hb, kitorang pergi giant and makan kfc  =) 


my name tag



10 DAYS. The best & horrendous LIBK series 47

Day 1 (It's begin)

Okeyh! So kitorang Kompeni E –Syaril, Zul, Amir, Ain, Musfirah, Tira, Pkah, Aiman- dengan rela hatinya mendaftarkan diri sebagai Bakal Komander (BK)! Penatnya mengangkut beg dari kolej Melati ke Teratai. Lepas daftar di Pusat Kokurikulum, daftar kolej plak. Then ambil barang naik atas. Turun balik, cari makanan sebab lapar. Time melintasi ruangan daftar kolej, “Hazwani!”. Pusing je,ada komander panggil. Tapi cakap-II dengan komander lain seolah-olah bercerita sesuatu. Time tu tak kenal pun komander tu. (Itu komander Faizal. Hari ke-7 LIBK baru faham kenapa dia panggil. Nanti kita flashback yep) 

Kunci 1 bilik sorang je dapat rupanya… T2401. First room. Okay, perkenalkan roommate baru, Amalina Azhar dari fac pengajian polisi and Kak Fadzliana dari fac sport rec. Pukul 5 - taklimat. Dan start dari malam ni kena pakai baju formal. Pecah by platun. What to say..satu-satunya kompeni E di platun 5. But then satu platun dengan Kak Fadz, Yati & Azreen. Yeay :P  26 of us are fighting till the end =’) .. 

Malam, ceramah kemahiran insaniah. Arh…padan la ujian bertulis tak reti jawab pasal ni. Mengantuk seh..  Nanti kita tengok macam mana ujian bertulis hari ke-8 -blurr. Penyerahan barang berharga di waktu hujan renyai-renyai. Sebab mengantuk, apa yang komander marah serius tak dengar. 10 minit selepas naik bilik kena light off. Then, proses mengkiwikan kasut pun bermula. penting--> Baca buku kawad.

BUKU KAWAD


Day 2 (Le tiring day)

Hujan. PT pagi di dalam surau. Ini yang best! (shhh)  latihan kawad kaki seriously penattttt. Platun 5- cikgu Samdin. First dia ajar, rasa takut jugak. Lama-lama baru sedar inilah cikgu yang sangat berdedikasi. We're lucky. Walaupun sangat tegas tapi caring ok. Cuaca kira baik lah! Semua pun mengharapkan cuaca macam ni berpanjangan sampai tamat latihan. But nope. Petang ni baru diajar kiwikan kasut, ikat layard, ikat tali kasut. Hari yang meletihkan. Malam, semua sibuk mengilatkan kasut.


Day 3 (Le first time)

Disebabkan cikgu kitorang hanya 1, ade la komander yang selalu pantau. Especially komander Zameer. Harini dah kena pakai kasut boot & barray. Cikgu kasi kitorang kawad dahsyat jugak la. For our own good, yes it is. Mengantuk sangat pun terpaksa buka buku kawad & hafal. ~.~


Day 4 (Le pain, first cry & my bad)

Hrmm.. Harini Cikgu Samdin sakit tekak & dah hilang suara. Rasa bersalah plak kalau kitorang dah buatkan dia marah-marah semalam =’(  dia tak boleh nak ajar kitorang so dia serahkan kepada Komander Zameer. Unfortunately harini tertinggal barray! Innalillah~ cari nahas jugak Hazwani ni. Sepanjang kawad, bersungguh-sungguh doa supaya tak kena marah (x bley blah  XD). Sorang je komander yang tanya tapi dia cakap "lain kali bawak". Cool. heheh. Even cikgu pun tak tegur. Damnly lega.

Drink server- tak pasal-II... Ni kes buli ke ape? =(
Ada orang take serius. LOL. Dia main-II jelarh doe. Sebagai menghormati komander. Kan.. Kalau korang pun korang ikut juga kan. Tolong ambilkan air jerh pon =.=" Ape kes kecoh-II. Berlatih ujian mengawadkan skuad. Ingatkan komander Zameer ni garang. Tapi tak. Haha Dia boleh je bergurau time tengah serius berlatih. LOL, first time tengok dia senyum. Macam sporting giler. Setakat ni cara dia tegur orang buat silap tak kasar - dengan ayat dia "mintak tolong sangat ngan korang". haha

Lepas kawad harini feeling something bad. OMKaki~~ Kaki dah tak boleh lari. Sakit ape nih? =’(  Malam- ceramah pengucapan awam. Ni first time menangis dalam LIBK. From maghrib lagi menahan kesakitan. Masa solat memang sakit. Sampai lah lepas isyak, termenangis depan kawan sebab lutut ni dah sakit dengan luar biasa. Rupanya urat kat lutut bengkak. Sangat. That’s why nak bengkokkan kaki sakit macam patah kaki je. 
Letak ubat dengan harapan dapat sembuh.


Day 5 (Le preparation)

TTS. Dah kena jadi demo la plak. Memandangkan kat plkn dah belajar benda ni dan sama je macam taekwando WTF, so boleh la sikit-sikit. Latihan masuk baris bersama penanda & pelurus barisan. Komander siap buat skuad demo lagi. Semangat hafal doa yang panjang lebar tu. Kawad perhubungan. Sampai sakit tekak. Komander suruh kuat lagi suara. Padahal itulah maksimum level punya tahap jeritan.

Bahagi platun masing-masing untuk ujian esoknya. Platun 6- with azreen & shahida.  Persediaan ujian mengajarkan skuad. Berlatih as yesterday. Time serius, Komander Zameer boleh buat lawak lagi. Takde plak dia marah sebab still macam semalam, tak hafal-II lagi doa kawad. Asyik refer buku je. Dia selalu cakap try jadi confident. Malam ni  memang menghafal sepenuh hati. Kasut boot dikilat sampai shining [konon]


Day 6 (Thanks !)

Pagi ni sempat la sikit practice buat kali terakhir untuk ujian. Ujian mengajarkan skuad. Berdebar jugak. Alhamdulillah ok. Relieved. Walaupun tak bagus mane pun.. Nasib baik komander zameer tak tengok time ni. Last-last baru dia datang cakap suruh buat elok-II. (padahal dah habis buat ujian). Kelakar. And first time kena bawa platun pergi rehat. Time ni kena tegur plak dengan komander syafiq sebab dekat sangat dengan skuad. Hahaha.

Persediaan ujian mengawadkan skuad. Pecah 3 platun. Komander Zameer ajar platun kitorang. Dia practicekan sorang demi sorang. Dia takdelah marah pun kalau salah. Banyak belajar benda yg tak tahu time ni. Salute & kagum r dengan dia... Suara dia boleh mengalahkan kebisingan padang kawad. Hebat arh. Kawad 2 jam non-stop memang almost faint. Petang : First time jadi IC platun. Pakai formal tak payah  hentak kaki, senang sikit =P.  Malam : Study  kitab (buku kawad) ; peta, kompas, doa kawad . Lusa ujian mengawadkan skuad!


Day 7 (Le MC)

Harini nak pergi Bukit Cerakah!! Naik bas, tak jauh pun. Belajar pandu arah, baca peta, kompas & protractor. Teorinya sangat mengantuk. Teringat masa kat plkn dulu pun macam ni... Praktikal : semangat volunteer nak baca bearing ke-2 tapi salah baca pulakk~ sebab banyak bearing dekat-II. Pengkalan hutan. Santai. Gelak je memanjang. Siap ade yang kena menyanyi la menari la.

Lepas solat maghrib, Shahida kata komander panggil. What?!! MC? Oh man..seumur hidup tak pernah jadi. Yati cakap, kalau taknak nanti kena lagi teruk. Terpaksa rela. Cari MC semalam, nak tanye skrip. Bagus la Nona ni, dia boleh ingat ape yang dia baca semalam. Kalau Nona, jurulatih pilih. Hazwani? Luckily, tak mengantuk malam ni. Baru tahu, semua yang jadi MC dipaksa pakai something. Patutla MC sebelum ni ade yang pakai topi keledar basikal, kompas. Komander Anuar tanya nak pakai apa. Mulanya dia nak bagi pakai topi basikal tu. Begging him, serius taknak. [!!] Lastly ade komander mengeluarkan topi diperbuat menggunakan polistren & getah. Whatever tapi lebih rela pakai yg ni. Haha. Last minute practice, naik stage, dengan buat muka slumber-lantak-kau, spoke. Rupanya salah cakap. Ashamed. Agak kehentaman membaca skrip. Bersedia untuk naik kali ke-2.

Terharu plak cikgu bersungguh-sungguh ajar baca skrip tu. Banyak belajar time ni. Lepas tu, Prof Kamal plak datang tanya kenapa pakai topi tu. Err~ Dia suruh salin pantun, siap ajar cara nak baca. Pulak. Semakin mencabar nak membacanya nanti (T_T) cikgu suruh practice lagi dia nak dengar. Bagus betul la cikgu nih! Terharu sekali lagi. Boleh plak komander Zameer tanye kenapa hitam sangat. *_* Well, dah terbakar larhh... then tuan datang lagi sekali, tambah lagi pantun. @_@ kali ni pantun 6 kerat. MasyaAllah. Apo nok dikato.. nasib baik Komander Anuar tolong tanyekan macam mana nak baca pantun tu.. Ha, ingat tak cerita Day 1 yg kom Faizal panggil tu? Masa ni la kom Faizal bagitau. Rupanya sama muka macam budak Fac dia. Dia cakap tu yg masa daftar tu dia terkejut tengok.
Dapat full U. So esok dah kena pakai. Seriously? Malam ni kena agak teruk. Wondering jugak sapekah yg menolak topi tu sampai jatuh. Sabar jelah. Iron baju & kiwi boot. Tak sempat nak buat pape dah light off. Sedih jugak terpaksa iron baju dalam gelap. hurm


Day 8 (Le worst day)

That’s it! Everyone looked smart in full U! :D  kelam kabut jugak la pakaikan lencana kat barray pagi ni. Ujian mengawadkan skuad. Bermulalah hari yang kurang bernasib baik. Start dari ujian ni, I did worst. Lepaskan skuad sampai group lain, memang kena dahsyat. Malu jugak sebab buat salah the same thing macam masa practice dengan komander Zameer haritu. Spoil everything. Cikgu cakap dia bagi markah kesian. Komander zameer ade kat situ, dia cakap markah lulus 60. [??] Kawan cakap, dia dengar & arahan betul tapi just orang lain tak dengar sebab tu diorang tak ikut. Time nilah second time menangis dalam LIBK. Serius sedih. Sebab: takut fail. Start dari sini, takde semangat buat apa-II. First time rasa tak lalu nak makan langsung, terpaksa sumbat. Buat kesalahan yg tah pape.

Tak pasal-II harini semua kena mandi air paip. Time rehat, komander Zameer panggil. haihhh~ Dia tanya pasal tadi. Maybe sebab first-II lagi dah kena marah dengan cikgu Zul, tu yg hilang fokus. Ujian pelatih terbaik. Sementara tu, ade komander yg tolong kitorang betulkan ikatan layard, cara ketatkan belt. Pagi tadi komander Anuar dah ikatkan layard dengan kemas tapi komander Faizal suruh buka balik T_T. Prepare untuk ujian bertulis malam ni. A bit rushing, solat & tak sempat mandi. Time nak masuk dewan makan… “Hazwani, mana topi?” oh damn! Dengan muka innocent, t’lupe. Semalam komander Faizal dah suruh pakai lagi harini. Kelam kabut sangat tadi. To make the day even worst, I left my name tag too! Worst worst worst. Tertinggal name tag kesalahan besar tau tak. Tak tau macam mana nak cover, redha jelah. Tertinggal satu lagi benda (T_T) .. Time maghrib, Ya Allah mengantuk! Satu lagi masalah, tak bawa satu pen/pensel. Terpaksa pinjam. Dapat la pensel sebatang. Kenapala teruk sangat harini. Komander Azri tanya nama. (kenapalah dia tanya..) Time ni la kantoi tak pakai name tag. Nasib baik tak marah. Ujian ni kira susah jugak la sebenarnya. Terima kasih komander Anuar & komander Faizal sebab tolong.
Kiwi boot walaupun sekejap.


Day 9 (Le usher)

Counting days! Esok balik akhirnya :D :D :D  Half U. Pagi ni dah dapat handphone. Kitorang bincangkan untuk persembahan malam sekalung budi malam nanti.  Raptai perbarisan tamat latihan. Time nilah kulit hangus terbakar. Terik. Faktor berjalan lalu tu teruk is kitorang lebih banyak mendengar semua orang menengking dari mendengar skuad leader command dalam suasana yang amat bising. =_=” Tension jugak.  

Hujan. Tiba-tiba pengumuman “Hazwani dari platun 5, …..” . Rupanya 6 kitorang kena jadi usher untuk malam ni. Eshan tarik diri so fetty yang ganti. Terpaksa jugak la ikhlaskan diri bila dah rentung macam ni. Kesian kan. Usher rentung. Dah tu, terpaksa pakai baju kebudayaan. Rushing sangat – mandi & solat maghrib. MC & usher berlari bersama-sama ke bangunan S&T. Semestinya berpeluh. Komander Zameer kata dah macam orang asli. K fine tak kesah… Mengantuk, lapar, dahaga. Lepas VIP datang, ada lagi tugas yang mendatang. Why me? Kena bagi pengetuk gong kat PM Yaziz untuk perasmian lepas dia selesai berucap. Nak bagi macam mana tak tau!! Aigoo~ I think I’ve double my mistake ==” . Arh ashamed. Sesuka hati je..

Tugas serve makanan komander Anuar done. Komander Zameer dah ade yang serve. Yes, boleh makan dah! Ya Allah..ni first time diorang serve air ais. This is crazy. At last, habiskan 3 gelas. Enjoy the food sambil melayan persembahan by platun. The part yang kitorang kena menari kat depan memang malu. Belasah ajelah . . . Harap semua tak perasan gambar masa jadi MC kat video tu. Haish. Selesai sudah majlis malam ni. Berbaris. Malam ni dijangka menjadi malam yang paling dahsyat. Malam hell. Ek? Kehujanan. Kebasahan. Redha je apa yg bakal terjadi. Kena plak time mengantuk gila, ketidakstabilan kasut, kesakitan kaki. Baju ni memang tak dapat diselamatkan lagi. -Skipped- Biar kitorang je yg tahu ape jadi malam ni. =P   dah boleh balik. Mandi lagi. Boot, full U, barray ready.


Day 10 (Le day of passing out)

I can feel the spirit of today! We gonna end this. Ada jugak perasaan tak sangka. Betul ke dah habis? Sebelum berjalan lalu, berdiri agak lama. Berjalan lalu rasanya ok. Relieved. Masa penyampaian hadiah, I saw my family. Baru datang? Hurm. Panas & hampir tercabut kaki. Burning. Majlis tamat dengan pemakaian pangkat oleh parents yang hadir. Oh best! Cikgu & komander Zameer memberi kata-kata terakhir.

Pangkat di bahu beerti mengalas tanggungjawab. Yg parents tak hadir, komander Zameer yg pakaikan pangkat.  Alahai sedih melihat rakan seperjuangan yg lain menangis. Terharu mungkin. Alamak, komander Arif dah bagi amanat. Fuhh, ini serius. Komander Zaid datang ucap tahniah. Arigato! Dapat kumpul satu kompeni dengan senior-II. Lepas makan, masa untuk meninggalkan padang kawad. Sebuah persinggahan di pusat ko, pulangkan baju kebudayaan semalam. Lepas tu ke kolej, clearance. Ah ramai plak komander jaga clearance. Kan dah kena usik lagi pasal topi tu. Time ni juga la komander Zameer tiba-II muncul. Goodbye Kolej Teratai! Next sem jumpa lagi k. =)


cikgu Samdin


komander Zameer berkata-kata



komander Zameer & tongkatnya :D


pemakaian pangkat =)


AS 226





#Thanks sangat kepada semua komander especially komander Zameer. Dia dah banyak tolong platun kitorang. Sebab komander-II la, I’ve gain something new dalam LIBK ni. Even kat plkn pun tak dapat jadi IC platun, MC, usher & drink server macam kat sini. The most important things is your mental. Haa..inilah yang sebenarnya komander nak uji sangat. Setakat kena sound tu biasalah. Kuatkan mental! It’s not because you’re a girl. Be tough. Sepanjang LIBK, barray tertinggal, name tag tertinggal, topi tertinggal. HAHA

Komander Rendah Muda Hazwani  :D

P/S: setiap yang berlaku ada hikmah mahupun pengajarannya.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

No comments:

Post a Comment

THANK YOU KOMEN SINI :]