Pernah nampak perkataan SERABUT DIET di maklumat makanan?
Serabut diet atau pelawas ialah bahagian tak tercerna dalam makanan hasil tumbuhan yang menolak makanan melalui sistem pencernaan, menyerap air dan memudahkan peninjaan, dengan mengubah sifat kandungan salur gastrousus, serta mengubah cara penyerapan bahan khasiat dan kimia yang lain.
Serabut diet boleh bersifat terlarutkan air atau sebaliknya, tetapi tidak boleh dicerna. Akan tetapi, serabut yang terlarutkan air ditapai oleh bakteria dalam salur pencernaan, lalu menyerap air untuk menjadi bahan yang bergelatin. Serabut yang tidak terlarut pula berurai tetapi selalunya tidak ditapai.
Secara kini, serabut diet terdiri daripada polisakarida bukan kanji seperti selulosa dan anggota-anggota tumbuhan yang lain seperti dekstrin, inulin, lignin, lilin, kitin, pektins, beta-glukan dan oligosakarida. Istilah "serabut" tidak berapa kena namanya kerana kebanyakan jenis serabut diet langsung bukan jenis serabut.
Sumber makanan serabut diet sering dibahagikan kepada sama ada serabutnya terlarutkan air atau sebaliknya. Makanan hasil tumbuhan mengandungi kedua-dua jenis serabut yang berbeza-beza takatnya bergantung pada sifat tumbuhan.
Kelebihan penggunaan serabut ialah penghasilan sebatian menyegarkan ketika penapaian serabut terlarut, serta keupayaan serabut tidak terlarut (melalui ciri-ciri hidrofilik pasifnya) untuk membesarkan uraiannya, melembutkan tinja dan memendekkan masa peralihan melalui salur usus.
Kekacang juga menjadi sumber serabut diet yang baik.
Sayur-sayuran adalah sumber yang baik bagi serabut diet.
Pengambilan serabut diet setiap hari:
- Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika-------------25-30g/hari
- Pertubuhan Diabetes Amerika--------------40g/hari
- Persatuan Dietetik Amerika--------------20-35g/hari
Adalah disyorkan bahawa pengambilan serabut diet sepatutnya di antara 25-40g setiap hari.
Menurut kajian tentang kesihatan pemakanan baru-baru ini, purata pengambilan pelawas hanya lebih kurang 13~14g setiap orang.
Paras pemprosesan makanan yang semakin tinggi telah menyebabkan amaun serabut di dalam makanan semakin kurang. Menurut kajian epidemiologi, pengambilan serabut diet berkait rapat dengan risiko kanser kolon. Kanser kolon menduduki tempat ketiga dalam senarai sepuluh jenis kanser yang biasa dijumpai di negara ini. Nyata sekali, ramai orang tidak mendapat bekalan serabut diet yang cukup daripada makanan mereka.
sumber
Wikipedia
http://anizyn.blogspot.com
http://e-farmasi.my1stop.com.my
P.S. Jaga kesihatan k :)
No comments:
Post a Comment
THANK YOU KOMEN SINI :]