Ini adalah rentetan kisah yang aneh lagi pelik =.="
- Fizz Fairuz bertunang.
- Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang, Kini Sah Putus.
- Almy Nadia: Saya Baru Tahu Dia Bertunang Dengan Isteri Orang.
- Azlyn Massiela: Fizz Fairuz Berbohong, Saya Tidak Pernah Kahwin.
- Suami Dakwa Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tidak Salahkan Fizz Fairuz.
- Fizz Fairuz: Azlyn Massiela Sendiri Mengaku Sudah Pun Berkahwin
Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.
Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk seminggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.
“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.
“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”
Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut”
Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar & menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu.
Sebagai respons kepada apa yang di’dedahkan oleh Fizz Fairuz hari ini kepada Harian Metro, Almy Nadia mengakui yang dirinya juga baru tahu yang wanita tersebut merupakan isteri orang.
“Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” ujar Almy Nadia yang tahu akan perkara ini beberapa hari lalu.
Memberikan komen tentang ada kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, Almy Nadia tidka menolak perkara itu terjadi kerana selama ini Fizz Fairuz tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu.
“Sebelum ini Fizz (Fairuz) tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa yang sudah terjadi — saya pernah menyuruhnya pergi berubat tetapi entahlah,” ujar beliau enggan mengulas lanjut.
Fizz Fairuz tampil menjelaskan kepada para peminat dan juga media yang beliau sudah pun sudah putus tunang dengan wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang baru baru ini.
Alasan’nya adalah kerana wanita itu, Azlyn Massiela memegang status isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an & Fizz Fairuz memutuskan pertunangan tanpa banyak persoalan.
Hari ini menerusi Berita Harian, Azlyn Massiela secara eksklusif tampil memberikan kenyataan menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam & menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga”
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam”
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),” ujar Azlyn Massiela hari ini.
Ketika Azlyn Massiela mendakwa dirinya tidak pernah bergelar isteri orang sepanjang hidup 26 tahun, muncul pula lelaki yang mendakwa suami kepada wanita ini yang mahu di’kenali sebagai Ramli.
“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan,” ujar Ramli.
Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian adalah kerana merasa kesunyian akibat kurang di’beri perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu.
“Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz”
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” tambah Ramli yang turu mendakwa keluarga Azlyn Massiela tidak mengetahui tentang perkahwinan mereka.
Fizz Fairuz: “Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya telah terbongkar”
“Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama”
“Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan”
“Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang”
“Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga,” ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia di’larikan dan terpaksa berkahwin dengan lelaki itu.
sumber: Rotikaya
Wallahualam bi shawab...
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
No comments:
Post a Comment
THANK YOU KOMEN SINI :]