Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Wednesday, February 27, 2013

Terapi Minda

Assalamualaikum readers~

Here we are, happy thursday guys =)


Khamis Jumaat Sabtu...Ahad --> Shah Alam  :O
Semester 2. I'm preparing myself for that. YES, terapi minda.

Fungsi dan kemampuan otak akan menjadi (jumud) beku dan bergerak ke belakang disebabkan 3 perkara:
  • sikap tidak mahu ambil tahu
  • kemalasan
  • faktor usia



Oleh itu, terapi ini berfungsi untuk menaikkan semangat dan sedar diri dan dapat mengatasi sikap malas dan apatis yang kerap muncul mengganggu kehidupan manusia. Inilah merupakan salah satu usaha pencegahan sebelum malaikat maut datang menjemput kita.


" Allah SWT memberikan al Hikmah ( kebijaksanaan ) kepada orang yang dikehendaki. Barangsiapa yang diberinya al Hikmah maka ia mendapat banyak kebaikan. Hanya orang-orang yang mahu berfikir yang dapat mengambil pelajaran / manfaat " . ( QS 2 : 269 )

Bagi saya, banyak yang boleh dikategorikan sebagai terapi minda.

TERAPI MINDA - sifat maaf

'Maaf' memang sesuatu yang sukar untuk diucapkan, dilakukan dan diberikan terutama apabila ianya melibatkan suatu peristiwa yang begitu menyentuh emosi yang sememangnya sukar untuk meminta atau memberi maaf.

Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil daripada dorongan kebersihan dan keredhaan hatinya kepada Allah. Sebagai manusia, mereka dapat mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas dasar sifat kelemahan semulajadi manusia terkadangkala terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul maka mereka melakukan kesalahan atau kesilapan yang perlu memaaf dan dimaafkan.

Dalam konteks ini Imam Syafie pernah berkata:
"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang dan melupakan terus kesalahannya. Nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia".

Orang yang suka memaafkan orang lain sentiasa memahami hakikat bahawa kelemahan yang ada pada dirinya sendiri dan bukanlah perkara yang hina apabila menjadi individu PEMAAF kerana di situ wujud sifat terpuji iaitu;
1. Bersih daripada sifat sombong dan ego
2. Bersih daripada sifat dendam
3. Menunjukkan kebijaksanaan dan sifat keikhlasan

Sifat-sifat di atas merupakan ikatan yang kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam. Kita sebagai umat Islam mempunyai satu arah iaitu menyembah Allah yang Esa dan perlakuan kita dalam perpaduan perlu mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.

Nukilan - Ibnu Muin



Renungan : ESQ, Kecerdasan Spiritual & Kecerdasan Emosi
ESQ. Kecerdasan spiritual (SQ) adalah kecerdasan yang bertumpu pada bahagian dalam diri kita yang berhubungan dengan kearifan diluar ego atau jiwa sedar. Pandangan lain, bahawa SQ adalah kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubungan dengan Tuhan. Asumsinya adalah jika seseorang hubungan dengan Tuhannya baik maka dapat dipastikan hubungan dengan sesama manusia pun akan baik pula.




SUMBER:
http://www.penawar.com
http://kuncikecerdasanminda.blogspot.com/
http://mgkkkluang.blogspot.com

P.S. Jadi yang terbaik untuk diri kita.

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

No comments:

Post a Comment

THANK YOU KOMEN SINI :]