Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Monday, July 09, 2012

5 Bonus Khas Ramadan

Assalamualaikum Readers!

Ha! Kan dah nak masuk bulan mulia ni. Anda sedia maklum, bulan ni sangat istimewa buat umat Islam seluruh dunia. Harap Ramadan kali ni tiba jua.
Nak share sikit la bagi yang tak tahu. Yang dah tahu buat-II la tak tahu kejap.


Semoga lebih bermakna :)



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah  s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Umatku diberikan 5 perkara yg belum pernah diberikan  kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

BONUS 1 Bau mulut org yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

BONUS 2 Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

BONUS 3 Allah memperindakan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir   hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadaMu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

BONUS 4 Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

BONUS 5 Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (org yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w. : "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selepas menyelesaikan amalannya."

*dipetik dari sumber yg yakin*
Jumpa lagi. InsyaAllah

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

No comments:

Post a Comment

THANK YOU KOMEN SINI :]