Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Thursday, July 19, 2012

Sahabat vs Sikap

Assalamualaikum Readers!

Mesti korang pernah jumpa dengan orang yang perangainya kurang elok sama ada di sekolah mahupun di kolej atau universiti. Lepasan Matrikulasi/PASUM/asasi akan memulakan perjalanan hidup sebagai seorang penuntut universiti pada bulan 9 ni. Berdirinya saya di sini [ceh], menggengam harapan supaya segelintir sahabat semasa belajar bersama di matriks dapat mengubah perlakuan/sikap buruk mereka. (maaf jika terasa hati). 




Sebenarnya segelintir sahaja. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin seseorang itu tidak sedar bahawa sikapnya membuatkan orang kurang kurang kurangggg senang. Ada yang beri alasan "Aku memang macam ni." Wajar diterima?

Dunia sudah semakin cantik dan indah, manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik. Ada pepatah mengatakan mengubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia. Ya, memang. Tetapi kita sentiasa boleh memperbaiki diri. Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sedikit demi sedikit dinding yang luas pada suatu ketika kita nak padam semula contengan itu, mungkin tidak mamapu padam sekaligus. Tapi boleh sedikit-sedikit sampai bersih.

Rasanya cukuplah amalan tunjuk-menunjuk yang tidak ada faedah. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT tidak akan bermegah-megah dengan hartanya, tidak berbangga dengan keturunan serta warna kulit dan tidak mendabik dada dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Semua yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan Allah SWT. "Hey, tengok ni, bapak aku beli ipad kat aku. Kau ade? Kau ape pun takde." Ditambah pula dengan perasaan dengki yang membuak-buak apabila seseorang itu lebih darinya. "Eleh, kau nak kemas-kemas ape, barang kau sikit je pun." Pernah kawan korang kata korang bodoh tak? Kalau orang yang dah biasa, sehari cakap 10 kali bodoh pun tak kisah, betul? Pernahkah dia fikir seseorang tu terasa atau tidak? "Eh, kau ni lembap la! Bodoh." Begitu sukar bercakap dengan orang yang merasai dirinya sebegitu pandai. Pernah kawan korang cakap menyampah kat korang? "Kau jangan nak perasan lawa la. Menyampah betul aku." Bagus sangatkah kita nak bercakap seperti itu?

Sesungguhpun begitu, jangan memaki hamu. Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Sikap suka menyalahkan orang lain padahal dia sendiri yang salah. Kenapa nak melarikan diri dengan meletakkan kesilapan itu ke atas orang lain? Manusia sememangnya suka menyalahkan orang lain TERMASUK cuaca KECUALI diri sendiri. 


Jauhilah perangai suka merendahkan dan memperlekehkan orang lain. Islam menganggap semua manusia sama. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui kemuliaan seseorang. Barangkali seorang pengemis lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding seorang pegawai tinggi.

Masalah gedik. Pandai-pandai la berfikir. Gedik comel? Gedik manja? Gedik merimaskan? Rata-rata, lelaki memang tak suka. Just nak attention atau sifat semula jadi? Entah.

Ada pula orang suka tunjuk hebat. Dia tahu itu dia tahu ini. WTH is this? Siapa kau? Berlagak serba tahu macam orang lain tak tahu apa-apa. Tak perlu kita berlagak tak tentu pasal kerana kita semua adalah penumpang yang sementara di dunia ini.  Nauzubillah himinzalik.



Tak dinafikan kelemahan saya sendiri. Sekadar renungan bersama supaya memperbaiki diri. Tiada niat memburukkan sesiapa. Jadilah seorang insan yang disenangi hamba yang lain walau dimana berada. 

Berubah memang sukar. Tetapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.
"rabbana latuzighr qulubana ba'daiz hadaitana..."



Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

No comments:

Post a Comment

THANK YOU KOMEN SINI :]