Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Wednesday, July 25, 2012

POPULAR DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum Reader sekalian..

Tiba-tiba boring lepas buat entri TENSION vs LAWAK tadi, tiba-tiba rasa nak cakap pasal makanan. Memandangkan Fb pun tak boleh buka, menghadap blog jelarh. Makanan apa yang popular di bulan Ramadan ni eh?

Semestinya KURMA


Tak ada kurma, macam tak lengkap bulan Ramadan. Ianya merupakan makanan kegemaran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Banyak khasiatnya dan cepat meningkatkan tenaga terutamanya selepaas sehari berpuasa.

Air tebu


Selalunya banyak peniaga yang akan menjual air ni. Cepat menghilangkan dahaga dan kaya dengan khasiat mineral. Baru minum waktu berbuka tadi. Hehe

Bubur Lambuk


Biasanya boleh didapati percuma di kebanyakkan masjid. Senang dihadam dan berkhasiat untuk perut yang kosong.

Popiah


Actually tak kira la popiah basah/kering, dua-dua pun banyak di bulan puasa. Ada yang tak tahu popiah? Tak kenal maka tak cinta. ?/$@#* Intinya sayur-sayuran [timun, taugeh, sengkuang]. Jelaslah berkhasiat dengan sos daripada lada kering dan kacang tanah berkisar. Cerita je pandai padahal tak makan pun. hakhak

Ayam Percik


 Ayam percik dibakar dan disaluti sambal yang agak manis lepas tu bakar sekali lagi. Setiap bazaar Ramadan mesti ada. :) Esok pergi la cari..

Murtabak


Murtabak ada banyak jenis inti mengikut pilihan masing-masing. Memang popular di bulan Ramadan ni. Boleh dikatakan setiap bazaar ramadhan ada menjual murtabak seperti murtabak ayam, daging, telur atau sayur.

Kuih Pelita


Kuih pelita atau ada yang panggil Kuih Tako atau korang letak nama sendiri ni agak popular sebab manis dan lembut. Bekas yang digunakan ialah daun pisang or daun pandan bagi menaikkan lagi aroma. bahagian atas warna putih tu ialah santan dan bahagian bawah ialah tepung beras warnanya hijau.

Roti John


Apabila tiba bulan puasa, roti john yang dikatakan berasal dari Singapura ini sememangnya salah satu pilihan  juadah berbuka puasa yang cukup istimewa. Nampak sedap kan? My favourite. Rotinya yang lembut dengan isi di dalamnya yang terdiri daripada telur, bawang, daging atau ayam dan pelbagai perencah lain tentunya menyelerakan serta membuka selera untuk berbuka puasa.

Itu saja.. ^__^


Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

No comments:

Post a Comment

THANK YOU KOMEN SINI :]