Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Sunday, July 29, 2012

Share : Panduan Memohon Biasiswa Dalam Negara JPA

Assalamualaikum my dear Readers..



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan program penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT Awam dan IPT Swasta bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.

INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERLIBAT:


(a) Universiti Malaya;(b) Universiti Kebangsaan Malaysia;(c) Universiti Putra Malaysia;(d) Universiti Sains Malaysia;(e) Universiti Teknologi Malaysia;(f) Universiti Malaysia Sabah;(g) Universiti Malaysia Sarawak;(h) Universiti Utara Malaysia;(i) Universiti Islam Antarabangsa;(j) Universiti Teknologi MARA;(k) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;(l) Universiti Teknikal Malaysia;(m) Universiti Sains Islam Malaysia;(n) Universiti Malaysia Terengganu;(o) Universiti Malaysia Perlis;(p) Universiti Malaysia Pahang;(q) Universiti Darul Iman;(r) Universiti Tenaga Nasional;(s) Universiti Multimedia; dan(t) Universiti Teknologi Petronas.(u) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia .


IKLAN DAN PERMOHONAN

Iklan penajaan akan dikeluarkan dalam beberapa akhbar utama tempatan dan laman web JPA pada bulan Jun/Julai. Permohonan boleh dibuat secara aplikasi atas talian (online) secara percuma mulai tarikh iklan disiarkan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi peringkat Diploma dan 24 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama pada 1 Julai tahun tawaran; dan

(iii) Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi seperti di perenggan 2 dan

kursus/program tersebut mestilah diiktiraf oleh JPA.
(b) Syarat Khusus
(i) Bidang bukan Perubatan/Pergigian/Farmasi
- Pelajar lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam 7 mata pelajaran;
- Pelajar lepasan STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya Prinsipal B dalam 4 mata pelajran;
- Pelajar lepasan STAM perlu mendapat sekurang-kurangnya 4 mumtaz dan 5 jayyidJiddan serta mempunyai kelulusan SPM.
- Pelajar lepasan Matrikulasi dan lepasan Diploma perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30.
- Matrikulasi : 3.30
- Diploma : 3.50
(ii) Bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi (Peringkat Ijazah Pertama)
- Pelajar dalam bidang-bidang tersebut tidak tertakluk kepada syarat khusus
seperti di perenggan 4(ii).




PENGHANTARAN DOKUMEN SOKONGAN


Pelajar yang telah mengemukakan permohonan secara aplikasi dalam talian (online) dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu :


(a) Salinan keputusan peperiksaan bagi pelajar lepasan Diploma/Alpha/Foundationdan (STPM, STAM, SPM dan Matrikulasi bukan tahun semasa); dan

(b) Bukti pendapatan keluarga (slip gaji atau Borang J).




PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan biasiswa dalam negara, sila hubungi pegawai berikut :

Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan
Datin Madinah bt Mohamad                  03-88853005             (madinah@jpa.gov.my)

Timbalan Pengarah Cawangan Operasi
Encik Zainal Abidin bin Ahmad             03-8885 3010             zainalaa@jpa.gov.my

Ketua Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan
Encik Jamalulail bin Abu Bakar            03-8885 3426            jamalulail.bakar@jpa.gov.my

Urusan Penawaran Pelajar Dalam Negeri
Encik Andinor bin Anuar                       03-88853380            andinor.anuar@jpa.gov.my

ALAMAT SURAT MENYURAT

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P PUTRAJAYA
(u.p : Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Talian Utama :                   03-8885 3000            
Hot-line :                   03-8885 3049            
Faks : 03-8881 0745

E-mel : lspdn@jpa.gov.my

Dari FB

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad


Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

2 comments:

THANK YOU KOMEN SINI :]