Blogger Widgets
Hye Peeps! ^^V -Thanks dear FOLLOWERS/BLOGGERS/READERS εїз Whatever you do, FIGHTING !! =P

Friday, July 27, 2012

Flashback : Korang SUKA Tak PLKN?

Assalamualaikum Readers and Bloggers!

kEBABOO0oMMMM!!! [Mercun bola] Haha
Ehh dengar cerita keputusan PLKN siri10 keluar tadi ya? kahkah. Bukan gelak jahat k. Ramai la junior-junior yang post kat Fb tadi.. Nak gelak je baca status-status tu. Alahai korang nii... Takut apa dengan plkn ?? Yang taknak tu satu hal, yang nak pun jadi hal.

Yang taknak tu pasti ramai bukan? Mula la post "kenapa bagi aku! Aku tak mau pi..sedih2"  ataupun "Yeay!! akhirnya Allah mendengar kata hati aku yg aku tak mau pi.." Yang ni gelak sakan plus lompat-lompat la dia.
Yang nak pulak ciput-ciput je tuh. Atau drama je lebih, "Weyy, aku nak p tapi tak dapat. so aku tak payah pi HAHA." Ataupun, "Apsal la tak bagi aku, aku nak sangat pi."  [**ciput=sikit] 

Come on, plkn best giler.. siapa tak pergi rugi..kahkah
Betul seronok tau. Tolong percaya. :P
Sekarang korang cakap ar taknak. Tapi once dah habis, rindu gila nak buat itu ini macam kat kem. Buat group kat Fb, chat ngan kawan-kawan smua mesti akan teringat balik.
Ingat lagi hari yang keluar senarai nama peserta tu tahun 2010 sebelum SPM, cikgu kitorang bagi fon dia suruh 1 kelas check. Ada tukang kontrol. Bila dapat tau kata dapat, rasa sedih nak mampusS ar..meleleh-leleh air mata [cam tipu jee]. Memberontak taknak jugak pergi. Orang dah plan bagai, nak ambil lesen, nak enjoy semua tiba-tiba suruh pi PLKN. OMG. Punah ranah impian. Tapi terpaksa lah kan. 2Jan11 masuk. Kumpulan 1 siri 8 2011 di Kem PLKN Balik Pulau, Pulau Pinang. Atas bukit dikelilingi hutan. seram tak? Haha. Nothing la..

Gambar-gambar kenangan sebagai wirawati :



Satu skuadran..Miss you all

Banyak pengalaman diperolehi. Sangat banyak. Yang korang tak boleh dapat kat tempat lain. Buat benda-benda yang korang tak pernah buat. Buat benda suka-suka hati. Ilmu pun banyak ditimba. Dapat merasai erti persahabatan. Kat mana lagi korang nak dapat pakai baju celoreng, beri[topi], kasut bOOt? Gilap sendiri tau..haha. Baju kelas, kasut tinggi? Baju sukan, track bottom and kasut sukan yang awesome tu? Hehhe. Malas basuh hantar dobi aje. >.< Denda? of course la. Almost everyday. Kawad sure la hari-hari. Tak kena marah tak sah la. Tapi kat sana, cikgu-cikgu kamu ibu kamu jugak..


Tamat latihan :'(

I missed all these. Cikgu marah kitorang akur, cikgu merajuk kitorang pujuk. Kat mana lagi nak menari, menyanyi, bersorak, bergila, semua la. Macam-macam nyanyian and sorakan belajar. Ada kelas, ada sukan, persembahan. Macam-macam lagi la. Makan sedap je, ayam ayam ayam. 6kali makan sehari @_@. Time competition berlakon paling best!
Yang ada anak panah tu, that's me..love them much

Yang giler best, sebab my team Hornet jadi juara. Tu la yang kami harapkan sepanjang di sana. Bukan tu ja, jadi lebih berdisiplin [seriously], teamwork yang luar biasa, kepercayaan terhadap diri dan orang lain, jadi lebih bijak, kreatif, inovasi, inovatif, berkeyakinan dan berani, jadi someone that had changed very much in his/her life. Sepanjang hayatnya..

Baling-baling topi ^_^ miss this moment..

Boleh dikatakan setiap masa pun kena kawad. Nak pi makan kawad, nak pi surau kawad, nak pi dewan kawad, nak balik bilik kawad. Tak tahan time 'terlupa' kawad lepas makan, kena la denda dengan cikgu. Kena menyanyi kuat-kuat lagu apetah tak ingat. Haha malu...kitorang 3 or 4 org je. Haha padan muka.


Wirawati skuadran HORNET :)

Percayalah time nak balik sedih nak tinggalkan kekawan. 3 bulan sesama. Serious taknak balik rasanya. Syiok tau. Lepas sedih tu, gembira pulak. Mau tak, da habis fullstop
Nampak tak happy giler? Lompat-lompat lagi. Hehe

Kat bawah ni permainan paling gila dan dahsyat di dunia. Cari kasut pun susah jumpa. Pelatih cedera pun ada gak. Tapi ada nilai yang sangat mendalam di sebaliknya. Kalau sakit, jangan risau ada medic.
Gigih buat bendera Malaysia dengan kekawan

Eh, lupa..pamping kena ready lah. Kalau suruh turun kena la paham. :\  Macam-macam denda ada. Lelaki punya denda grr~ gerun.. Yang takkan lupa time kena guling-guling kat lantai ramai-ramai, lantai of course bersih terus ok! sebab hilangkan. Penattt.. And masa kena pamping kat dataran tengah malam sampai entah berapa pagi. Fuh! Time wirajaya, kena masuk hutan..best masak dalam hutan, tidur dalam khemah, jalan berkilo-kilo meter..mencabar dengan aktiviti malam yang fuyoo giler ar.
HAHAHA nampak tak budak perempuan tu? Sy yang tengok saja..=P

Latihan menembak memang best giler walaupun tak score gempak-gempak sebab senapang M16 tu berattt. Dapat pulak askar garang tahap singa. Yang dapat kosong pun ada. Kena lagi denda. Tak tahan time lari ramai-ramai kat padang sasar tu sampai jatuh kena pijak.. Sesuka hati je pijak. langgar lari plak tuh..huhu
Muka mesti ar gelap..Haha


Macam dalam gambar tu hangus plus botak. Hangus tu betul jugak la..botak tu lelaki je. Tapi cool la bukan sorang yang botak. Jadi gelap tu kejap je k, then putih balik. ^^
We are all wira wirawati negara.hewhew :)
 It's fun and really changed me.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Thanks For Reading. Get me your feedback[s] below. :)

2 comments:

  1. kak bel wirawati terbaik siri/2tawau,sabah tapi kak bel tak suka PLKN sampai tamat latihan. mcm mana tuu? haa~ :O

    ReplyDelete

THANK YOU KOMEN SINI :]